Logo Perubatan

  بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  1. Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi atas kurniaan-Nya, kita dapat merasai nikmat kewujudan kita sebagai seorang hamba di atas muka bumi ini dalam iman dan Islam. Seterusnya selawat dan salam keatas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W dan seluruh ahli keluarga baginda.
  2. Setelah hampir dua bulan bermulanya sesi pentadbiran 2016/2017, kini tibalah masanya untuk kita berhenti seketika bagi memberi laluan kepada ahli untuk membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan.
  3. Seperti yang kita sedia maklum, pada akhir bulan Mei ini musim peperiksaan bakal bermula. Sudah pastinya setiap pelajar Universiti Kaherah memerlukan satu tempoh masa untuk menumpukan segala usaha dalam menelaah pelajaran. Oleh itu, PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) akan memberi laluan kepada ahli dengan memberhentikan (tawaqquf)  program dan aktiviti persatuan bermula 11 Mei 2016 sehingga berakhirnya peperiksaan.
  4. Namun, terdapat beberapa bentuk program yang tidak akan diberhentikan mengikut kesesuaian dan keperluan ahli yang sedang menghadapi peperiksaan di samping meraikan kedatangan bulan Ramadan. Di antaranya ialah:
    • Exam Fever Campaign (EFC)
    • Smart Circle yang tidak berfokus kepada silibus
    • Program-program di peringkat batch
    • Ihya’ Ramadan (IHRAM) dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya
  5. Saya mewakili seluruh barisan pimpinan PCK menyeru kepada ahli untuk mengambil peluang ini untuk mengulangkaji pelajaran sebaiknya. Marilah kita bersama-sama menjadikan peperiksaan akhir tahun ini sebagai medan untuk mencari keberkatan Allah SWT seterusnya mencapai kecemerlangan menjadi pengamal perubatan yang kompeten dalam segenap aspek.
  6. Maka perbanyakkanlah doa dan tekadkanlah kebergantungan kalian kepada Allah. Sesungguhnya, hanya Allah sebaik-baik perancang. Firman-Nya dalam Surah ali-Imran, ayat 54:

    وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

    “Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.”

  7. Akhir kalam, selamat maju jaya kami ucapkan kepada semua ahli PCK. Pasakkan tekad untuk berjaya, teruskan usaha selagi masih diberikan peluang. Jangan berputus asa mencari rahmat Allah, Dia bersama hamba-Nya yang tekun berusaha.

Sekian, terima kasih.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“Kita Keluarga PCK”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

wannus

Wan Nusairi bin Wan Nasruddin,
Naib Pengerusi I,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2016/2017.

aween

Nur Syazwin binti Mohamad Shukri,
Naib Pengerusi II,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2016/2017.