Markaz Syabab Zeinhom, 7 April – Setelah sekian lama menghilang, akhirnya Biro Sukan dan Aktiviti Luar (BSAL) kembali lagi dengan penjenamaan semula aktiviti liqa’ kepada Kejohanan Sukan Kaherah (KEJORA). Aktiviti ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memupuk semangat kesukanan dalam diri ahli di samping mempererat  lagi tautan ukhuwah sesama ahli PCK, sesuai dengan tema tahunan PCK, “Kita Keluarga PCK”.

13009806_1249301835099195_461008683_o

Kejohanan Sukan Kaherah atau singkatannya KEJORA pada kali ini menganjurkan perlawanan futsal yang merupakan aktiviti sukan yang diminati oleh majoriti pelajar ikhwah di PCK secara khususnya. Aktiviti ini dikelolai oleh Unit Kejohanan BSAL, yang diketuai oleh saudara Muhammad Ridzuan Bin Abu Bakar telah menampilkan beberapa kumpulan yang merangkumi semua batch di PCK. Antaranya ialah kumpulan Ha, Mia (tahun 5), Joga, Bonito (tahun 6) serta To’mia dan Ful (gabungan tahun 1, 2 dan 4).
12999457_1249301231765922_1179796221_o

Bermula dari jam 6.00 petang, aktiviti sukan yang santai ini diserikan lagi dengan kemahiran yang dipamerkan oleh para peserta. Para peserta tidak melepaskan peluang ini untuk menonjolkan bakat terpendam yang sedia ada dalam diri mereka.  Tepat jam 9.00 malam, upacara penyampaian hadiah berlangsung dan juara keseluruhan KEJORA pada kali ini ialah kumpulan Bonito yang diwakili oleh pelajar tahun 6.

13010137_1249301275099251_989341130_o

Kebanyakan ahli yang menyertai aktiviti ini berpuas hati dengan keseluruhan teknikal dan konsep program dan amat berharap agar aktiviti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang dengan menampilkan sukan-sukan yang berbeza. Tidak lupa juga ucapan terima kasih dan tahniah kepada BSAL kerana mampu menjalankan aktiviti yang santai dan memperkukuhkan lagi kebersamaan sesama batch di PERUBATAN Cawangan Kaherah.

Berita oleh : Shahrul Arif