LOGO

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Menjelang cuti musim sejuk yang akan datang, beberapa orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) akan tiada di Mesir dalam tempoh yang tertentu. Oleh itu, kekosongan jawatan akan dipangku oleh AJKT lain yang berada di Mesir.

Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan;

“ Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan senarai pemangku yang telah dipersetujui di peringkat AJKT.

Portfolio Nama AJKT Tarikh Pulang Ke Malaysia Tarikh Pulang Ke Mesir Pemangku
Pengerusi Zainol Izzuddin bin Zulkifli 20 Januari 2016 10 Februari 2016 Muhammad Zofir Wajdi bin Arip
Ketua Biro Penerbitan dan Penerangan Muhammad Basheer bin Yahya 10 Februari 2016 21 Februari 2016 Muhamad Faisal Arief bin Mohd Suhaimi
Timbalan Ketua Biro Akademik Nur Liyana binti Ab Aziz 30 Januari 2016 10 Februari 2016 Siti Aminah binti Harun

Selamat bercuti saya ucapkan kepada seluruh ahli PERUBATAN Cawangan Kaherah, Manfaatkanlah masa anda sebaiknya dengan melakukan perkara-perkara berfaedah.

Seeru ala barakatillah

“Kita Keluarga PCK”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

jenol

 

 

 

 

 

 

 

 

Zainol Izzuddin bin Zulkifli
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Kaherah sesi
2015/2016

noha

 

 

 

 

 

 

 

 

Noha Nabila binti Mohamad Akhir
Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Kaherah sesi 2015/2016