Tidaklah seseorang itu bergelar graduan Mesir yang asli jika tidak mampu mengekstrak ilmu-ilmu agama dan Bahasa Arab daripada lubuk ilmu ini. Berikut merupakan beberapa madrasah yang dicadangkan untuk diikuti yang terdapat di sekitar Kaherah. Idea untuk menulis artikel ini ialah hasil inspirasi daripada artikel ‘Masjid-masjid Pilihan di Mesir’.

Disarankan kepada semua khususnya mahasiswa perubatan (yang mungkin sibuk) untuk fokus mengikuti beberapa madrasah sahaja kerana kualiti itu yang lebih utama. Tambahan pula, sesuatu pengajian itu hanya akan membuahkan hasil apabila seseorang itu konsisten melazimi guru-gurunya. ‘Madrasah’ di sini bermaksud insititusi ataupun pusat pengajian tidak rasmi yang dijalankan di luar kuliah, wajib dihadiri khususnya untuk insan yang ingin mendalami ilmu agama. Tertib madrasah ini disusun mengikut citarasa yang paling dekat pada jantung hati penulis.

  1. Masjid Asyraf, Muqottom

 

Lokasi                   :

Masjid Asyraf, Jalan 17, Muqottom.

 

Tarikan                :

 

-Tempat yang selesa dan berpendingin hawa.

-Pengajian

– setiap hari selepas Subuh (hadis Sunan Sittah dan tahsin bacaan al-Quran)

– setiap lepas Jumaat (kitab Al-Muwattho’, Al-Azkar dan Al-Khosois al-Kubra)

 

Cara ke sana        :

1.Tramco : Ambil tramco daripada Sayeda Zainab ke Sayeda ‘Aisyah. Kemudian, ambil tramco daripada Sayeda ‘Aisyah ke Muqottom. Berhenti di Aulad Ragab. Jalan kaki sekitar 400 m ke Masjid Asyraf.

2.Teksi dari Sayeda Zainab/Darrasah : LE 20

 

Jadual Pengajian :

 

https://www.facebook.com/pages/الصفحة-الرسمية-لفضيلة-الدكتور-يسري-رشدي-جبر-الحسني/167874496662102

https://www.facebook.com/alimamalallamasite

 

  1. Masjid al-Azhar, Hussein

2

 Lokasi                   :

 Hussein

 

Tarikan                :

-Institusi pengajian kedua tertua di dunia.

-Terdapat ramai tenaga pengajar.

-Antaranya Syeikh Ahmad Hajjain (hadis dan fikah), Syeikh Hasan Syafie, Syeikh Amr Wirdani dan lain-lain.

-Pengajian diajar mengikut ruang-ruang dalam masjid (ruwaq).

-Pernah terdapat perpustakaan sederhana besar (seperti dalam gambar) berdekatan pintu masuk suatu masa dahulu yang memuatkan buku-buku falsafah, pemikiran (berbahasa Inggeris dan Arab) dan agama hasil waqaf Syeikh Hasan Syafie, tetapi kini telah dipindahkan.

-Berhampiran dengan banyak kedai kitab seperti Dar as-Salam.

-Mengadakan daurah secara berkala (Habib Umar al-Hafiz pernah mengajar kitab Ihya’ ‘Ulumuddin).

 

Cara ke sana      :

 

  1. Bas : Ambil bas daripada Sayeda Zainab ke Moske. Jalan kaki sekitar 200 m atau ambil tramco ke Masjid al-Azhar.

 

  1. Metro : Naik metro ke Attabah. Kemudian naik tramco/teksi (minimum LE 5).

 

Jadual Pengajian :

 

https://www.facebook.com/groups/Majalis.alIlmi.asShariff.fi.Misr

 

  1. Mudhoyafah Syeikh Ismail Sodiq al-‘Adawi, Hussein.

3

 

Lokasi                   :

 Hussein (bertentangan dengan Universiti al-Azhar)

 

Tarikan                :

-Terdapat ramai tenaga pengajar.

-Terdapat pengajian untuk kaum wanita.

-Sering mengadakan daurah kitab secara intensif.

-Kebanyakan daurah disertakan ijazah pengajian.

-Antara tenaga pengajar ialah Habib Ahmad al-Maqdi, Syeikh ‘Abd al-Fattah Barakah, Syeikh Taha Dasuki dan Ustaz Ahmad al-Azhari (pernah mengajar kitab Muqaddimah Ibn Khaldun dan Ta’lim Muta’allim)

-Terdapat daurah pada bulan Ramadan yang disertai dengan juadah berbuka.

 

Cara ke sana      :

 

  1. Bas : Ambil bas daripada Sayeda Zainab ke Moske. Jalan kaki sekitar 300 m atau ambil tramco ke Universiti al-Azhar. Masuk ke dalam bangunan setentang pintu masuk Universiti al-Azhar dan belok ke kiri. Mudhoyafah ini terletak 50 m dari situ.

 

  1. Metro : Naik metro ke Attabah. Kemudian naik tramco/teksi (minimum LE 5).

 

Jadual Pengajian :

 

https://www.facebook.com/almadyafatv

 

  1. Masjid Ahmad Dardir, Hussein

4

 

 Lokasi                   :

 Hussein (belakang masjid al-Azhar)

 

Tarikan                :

-Terdapat beberapa tenaga pengajar.

-Antaranya Syeikh Hisyam Kamil dan lain-lain.

-Pengajian dijalankan secara mingguan.

 

Cara ke sana      :

 

  1. Bas : Ambil bas daripada Sayeda Zainab ke Moske. Jalan kaki sekitar 200 m ke Masjid al-Azhar. Masjid ini terletak di belakang masjid al-Azhar.
  2. Metro : Naik metro ke Attabah. Kemudian naik tramco/teksi (minimum LE 5).

 

Jadual Pengajian :

 

https://www.facebook.com/groups/Majalis.alIlmi.asShariff.fi.Misr

 

  1. Masjid Sultan Hassan

5

 Lokasi                   :

 -Arah dalam Maidan Sayeda ‘Aisyah, menuju ke Suq Syafie.

-Betul-betul bersebelahan Masjid Rifaie.

 

Tarikan                :

-Terdapat beberapa tenaga pengajar.

-Antaranya Syeikh Khalid Himayah (Imam Masjid dan mengajar hadis Adab al-Mufrad),
Dr Heba Raouf Ezzat (pensyarah sains politik di American University in Cairo dan pernah mengajar kitab Muqaddimah Ibn Khaldun),
Syeikh Muhanna (mengajar syarah Hikam Ibn Athoillah) dan lain-lain.

-Pengajian dijalankan secara mingguan.

-Syeikh Usamah al-Azhari pernah mengadakan siaran langsung berkenaan sejarah al-Azhar di sini.

-Terdapat pengajian fikah mazhab Maliki.

 

Cara ke sana      :

 

  1. Tramco : Ambil tramco daripada Sayeda Zainab ke Sayeda ‘Aisyah. Berhenti di Maidan Salahuddin (sebelum simpang ke Sayeda ‘Aisyah) apabila telah nampak Qol’ah Sultan Salahuddin. Masjid terletak hanya 100 m di sebelah kiri anda.

 

Jadual Pengajian :

 

https://www.facebook.com/ManaratAlSultanHassan

https://www.facebook.com/alimamalallamasite

 

  1. Mudhoyafah Syeikh ‘Ali Jumu’ah, Hussein

 6

 

Lokasi                   :

 -Hussein (belakang masjid al-Azhar)

-Bangunan terletak di antara kedai runcit dan salun (di tingkat 3)

 

Tarikan                :

-Tempat baru, selesa dan berpendingin hawa.

-Terdapat beberapa tenaga pengajar.

-Antaranya Syeikh Sayyid Syaltut (usul fikah), Syeikh Amr Wirdani dan lain-lain.

-Pengajian dijalankan secara mingguan.

-Terdapat wacana umum yang diadakan secara berkala (Syeikh Saed Foudah daripada Jordan pernah berwacana berkenaan golongan Ateis di sini).

 

Cara ke sana      :

 

  1. Bas : Ambil bas daripada Sayeda Zainab ke Moske. Jalan kaki sekitar 300 m. Mudhoyafah ini terletak di celah-celah rumah kedai belakang masjid al-Azhar.
  2. Metro : Naik metro ke Attabah. Kemudian naik tramco/teksi (minimum LE 5)

 

Jadual Pengajian :

 

https://www.facebook.com/groups/Majalis.alIlmi.asShariff.fi.Misr

 

  1. Masjid Syeikh Rif’at, Hayyu Sabi’

7

 Lokasi                   :

 Musolla berhampiran rumah Syeikh sendiri di Hayyu Sabi’.

-Bersebelahan pasar raya Safeer.

 

Tarikan                :

-Dibimbing oleh Syeikh Rif’at (ahli majlis fatwa Darul Ifta’ dan pakar hadis).

-Terdapat pengajian harian selepas Subuh (hadis daripada kitab at-Targhib wa at-Tarhib).

-Berdekatan dengannya terdapat Maktabah Syeikh Rif’at sendiri yang turut terdapat pengajian secara berkala.

 

Cara ke sana      :

 

  1. Metro : Naik metro aliran Helwan-El-Marg. Berhenti di stesen Ramses/Ghamra’. Naik tramco atau bas ke Hayyu Sabi’. Pergi ke Hadiqoh Lotus setentang BKAN Kedah. Masjid ini terletak sekitar 300 m berhampiran hadiqoh tersebut.

 

  1. Tramco/Bas : Tunggu di sepanjang jalan menuju masjid Sayeda Zainab. Naik tramco atau bas ke Hayyu Sabi’. Pergi ke Hadiqoh Lotus setentang BKAN Kedah. Masjid ini terletak sekitar 300 m berhampiran hadiqoh tersebut.

 

Jadual Pengajian :

 

https://www.facebook.com/pages/مدرسة-دارالقرآن-والحديث/208384459301714

https://www.facebook.com/groups/Majalis.alIlmi.asShariff.fi.Misr

 

  1. Masjid Zohir Barbers

8

 Lokasi                   :

 -Maidan Geish

-Berdekatan dengan metro Ghamra

 

Tarikan                :

-Dibimbing oleh Syeikh Hisyam Kamil (Imam masjid).

-Sering mengadakan daurah intensif (pernah terdapat pembacaan hadis 40 selama sehari dan kitab aqidah al-‘Awwam karangan Syeikh Hisyam sendiri selama dua hari).

-Daurah disertai ijazah pengajian.

-Pengajian tidak terlampau berat dan sesuai untuk mahasiswa perubatan.

 

Cara ke sana      :

 

1.Bas     : Tunggu di sepanjang jalan menuju masjid Sayeda Zainab. Naik bas ke Maidan Geish. Berhenti sekitar 100 m sebelum sampai ke Maidan Geish dan masjid ini terletak 50 m daripada kiri anda.

 

Jadual Pengajian :

 

https://www.facebook.com/pages/الصفحة-الرسميّة-لفضيلة-الشيخ-هشام-الكامل-حامد-موسى/276169705906333

9. Markas International Institute of Islamic Thought (IIIT), Zamalek

10

 Lokasi                   :

 Imarah 26, Syari’ Giza Wustho, Abou al-Fida’, Zamalek.

-Terletak di dalam bangunan, di mana, di bawahnya terdapat masjid kecil.

 

Tarikan                :

-Sering mengadakan daurah intensif dan wacana pemikiran.

-Pemikir Islam terkenal, Dr Muhammad ‘Imarah pernah memberikan wacana di sini.

-Terdapat perpustakaan sederhana besar yang memuatkan buku-buku dan jurnal terbitan IIIT dan kitab-kitab agama.

-Tempat selesa dan berpendingin hawa. Jauh daripada kesibukan kota Kaherah.

 

Cara ke sana      :

 

  1. Tramco : Ambil mana-mana pengangkutan menuju ke akhir Mauqaf Medan Tahrir. Kemudian, ambil tramco dari jambatan yang menuju ke Zamalek. Berhenti di awal Syari Giza Wustho. Ambil teksi ke Imarah 26 atau jalan kaki sekitar 1 km ke sana.

 

Jadual Pengajian :

 

https://www.facebook.com/iEpist

   

      10.  Masjid Fadhil, 6th October.

11

 Lokasi                   :

 Madinah 6th October, Giza

 

Tarikan                :

-Terdapat pengajian selepas Jumaat.

-Terdapat sambutan hari-hari penting dalam Islam seperti Awal Muharram.

-Tempat baru dan selesa. Jauh daripada hiruk-pikuk kota Kaherah.

 

Cara ke sana      :

 

  1. Tramco : Tempah tramco daripada Hussein/Hayyu Sabi’/Hayyu ‘Asyir ke 6th October.

 

Jadual Pengajian :

 

https://www.facebook.com/AkademiPemikiranTurath

https://www.facebook.com/MsjdFadl

https://www.facebook.com/groups/Majalis.alIlmi.asShariff.fi.Misr

 

   

     11. Zawiyah Syeikh Mahmud Said, Tabba

12

 Lokasi                   :

Tabba

 

Tarikan                :

-Dibimbing oleh Syeikh Mahmoud (pakar hadis).

-Banyak pengajian dan kadangkala terdapat muzakarah sesama mahasiswa Malaysia selepas pengajian.

-Tempat baru dan selesa.

 

Cara ke sana      :

 

1.Bas     : Tunggu di sepanjang jalan menuju masjid Sayeda Zainab. Naik bas ke Tabba. Berhenti di akhir mahattoh Hayyu ‘Asyir dan ambil bas ke Tabba atau jalan kaki ke kiri sekitar 400 m dan Zawiyah terletak di sebelah kanan anda.

 

Jadual Pengajian :

 

https://www.facebook.com/groups/Majalis.alIlmi.asShariff.fi.Misr

https://www.facebook.com/groups/475382185806898/

 

 

    12. El Sawy Culturewheel, Zamalek

13

 Lokasi                   :

 El Sawy Culturewheel (Saqiah ‘Abd al-Mun’im as-Sowi), End of 26th of July Street, Zamalek

 

Tarikan                :

-Sangat aktif dengan aktiviti-aktiviti kebudayaan.

-Jadual aktiviti harian boleh didapati di sana.

-Dewan berpendingin hawa.

-Dr Radhi Ibrahim pernah dijemput menyampaikan syarahan berkenaan falsafah sempena Hari Falsafah Sedunia.

-Berdekatan dengan banyak kedai buku seperti Diwan Bookstore, Dar as-Syorouk dan lain-lain.

 

Cara ke sana      :

 

  1. Tramco/Bas : Ambil apa-apa pengangkutan ke Mauqaf di Tahrir. Dari situ, ambil tramco ke Jalan 26 Julai, Zamalek. Tempat ini terletak betul-betul di akhir Jalan 26 Julai itu di bawah jambatan.

 

Jadual Aktiviti :

 

http://culturewheel.com

 

13: ‘Asyirah Muhammadiyyah, Darrasah

14

Lokasi                   :

 Masjid al-Masyaikh – Qaitbay, Jalan Sultan Ahmad (berseberangan dengan Jalan Raya Salah Salem), Kaherah

 

Tarikan                :

-Terdapat pengajian mingguan.

-Pengajian kebanyakannya berkenaan ilmu tasawuf.

-Syeikh Usamah al-Azhari pernah mengadakan daurah kitab di sini.

 

Cara ke sana      :

 

  1. Tramco/Bas : Ambil apa-apa pengangkutan ke Sayeda ‘Aisyah. Dari situ, ambil tramco ke Darrasah. Berhenti berhampiran Darul Ifta’. Jika anda berada di Darul Ifta’, terdapat dua kubah hijau di hadapan anda. ‘Asyirah Muhammadiyyah ini terletak di kubah hijau yang kiri.

 

Jadual Pengajian :

 

https://www.facebook.com/alasheira

https://www.facebook.com/groups/Majalis.alIlmi.asShariff.fi.Misr

 

14: Sahah Yamani, Hussein

15

 

Lokasi                   :

 -Husin (belakang masjid Hussein)

-Berdekatan dengan makam Ummu Ghulam

 

Tarikan                :

-Habib ‘Ali al-Jufri pernah memberikan syarahan umum mengenai kitab Ihya’ Ulumuddin.

-Tempat selesa.

 

Cara ke sana      :

 

  1. Bas : Ambil bas daripada Sayeda Zainab ke Moske. Jalan kaki sekitar 300 m. Daripada Masjid al-Azhar, masuk ke kanan Masjid Husin dan jalan terus sekitar 100 m. Sahah Yamani ini terletak di tingkat 1 bangunan.
  2. Metro : Naik metro ke Attabah. Kemudian naik tramco/teksi (minimum LE 5).

 

Jadual Pengajian :

 

https://www.facebook.com/groups/Majalis.alIlmi.asShariff.fi.Misr

 

*************************************

 

Ini adalah beberapa senarai yang terlintas di dalam benak fikiran penulis. Kebanyakan jadual pengajian diperoleh daripada facebook groupMajalis Al-Ilmi As-Shariff fi Misr” dan kenalan-kenalan terdekat kerana sesetengah daripada madrasah ini tidak mempunyai laman facebook yang tersendiri. Adapun nama-nama kitab yang diajarkan mungkin akan berubah dari semasa ke semasa.

 

Badan-badan yang mengadakan daurah atau pengajian di tempat yang lain daripada yang disenaraikan di sini adalah seperti Syaikh al-‘Amud, markas bahasa di pelbagai muhafazoh dan juga kelas tasmi’ al-Quran. Rumah-rumah Negeri yang terdapat di Hayyu Sabi’ dan ‘Asyir, Ruwaq Jawi serta program-program anjuran siswa Indonesia yang juga merupakan lubuk-lubuk ilmu yang penting (terutamanya di BKAN Kedah dan Kelantan di Hayyu Sabi’ dan BKAN Selangor dan Pahang di Hayyu ‘Asyir yang terdapat pengajian berkala daripada masyaikh) yang tidak disenaraikan di sini.

 

Artikel ini ditulis oleh Saudara Nuruddin Azri bin Zulkifli, pelajar tahun empat, Universiti Kaherah.Beliau juga turut menulis artikel DEBAT DAN BUDAYA ILMU.