LOGO

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kita panjatkan kepada Yang Maha Esa atas belas dan rahmat-Nya kita masih menjadi hamba dan terus hidup menikmati kurniaan di muka bumi ini. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang mengajar kita apa itu erti Iman dan Islam.

PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) amat menitikberatkan agenda akademik. Oleh yang demikian, mulai 28 Disember 2015 sehingga berakhirnya peperiksaan pada 28 Januari 2016, PCK akan memberhentikan (tawaqquf) beberapa program serta gerak kerja bagi pelajar praklinikal untuk memberi laluan kepada ahli mengulangkaji pelajaran. Diharapkan perkara ini mampu membantu ahli untuk lebih fokus dalam membuat persiapan.

 

Namun begitu, bagi pelajar tahun klinikal, masih terdapat beberapa aktiviti berkala yang akan berjalan seperti biasa seperti kelas tafakkuh dan aktiviti-aktiviti lain yang berskala kecil untuk mengisi masa lapang ahli. Sebagaimana kita semua tahu, tanpa pengisian hati kita akan mati.

 

Maka, tawaqquf program ini hanya dikhususkan bagi pelajar Tahun 1, 2 dan 3 sahaja tetapi beberapa aktiviti berkala untuk pelajar tahun klinikal akan berjalan seperti biasa. Namun, sekiranya terdapat pelajar-pelajar Tahun1, 2 dan 3 yang ingin turut serta dalam aktiviti-aktiviti tersebut, kami amat mengalu-alukan.

 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh ahli PCK  atas kesudian kalian menjayakan program yang telah diatur. Tidak akan mampu PCK melaksana dan menjayakan apa-apa aktiviti tanpa ada ahli yang sentiasa menyokong dan mendokong. Semoga segala jasa dan usaha kalian pada bulan-bulan lalu diberi balasan oleh Allah dan apa yang kita lakukan mendatangkan manfaat.

 

Akhir kalam, PCK mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh ahli yang bakal menghadapi peperiksaan. Teruskan berusaha. Jangan pernah putus asa dan uruslah masa dengan bijak. Selepas itu, berdoa semoga segala urusan kita dipermudahkan-Nya.

Firman Allah dalam surah  al-Imran ayat 54 yang bermaksud:

“Mereka merancang , Allah juga merancang ,sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang”