LOGO

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Syukur kehadrat Ilahi atas kurniaan iman, Islam dan ihsan. Selawat dan salam atas junjungan baginda SAW, insan yang dikasihi lagi dirindui, moga kita dipertemukan dengannya di syurga kelak. Allahummaamin. Syukur juga atas kurniaan akal, dalam mengecapi tanda ketuhanan melalui ciptaannya diberikan juga keyakinan dalam memahami wahyu.

Muhasabah Separuh Penggal (MSP) telah pun sampai ke peringkat terakhir setelah sebulan lebih kajian dijalankan, atau lebih tepat tiga bulan semenjak usaha dimulakan.Peringkat akhir MSP, membawakan kenyataan rasmi ini, dalam menyampaikan hasil kajian dan laporan yang bakal dibaca ahli yang rajin membaca dan ambil cakna. Meskipun ianya padat dengan hal-hal organisasi dan birokrasi, malahan hasil ini barangkali tidak membuahkan amal, seandainya dibaca sahaja tanpa ada muhasabah yang mampu diambil.

Kajian paten masyarakat ini, khususnya pada peringkat ahli PCK membina satu usaha dalam memikirkan punca-punca dan masalah-masalah dalam membentuk satu masyarakat yang lebih baik  sekaligus mensasarkan pembinaan insan dalam konteks organisasi setempat. Mendasari kepada kefahaman tujuan penciptaan manusia, tiga pembahagian aspek; dai, khalifah juga abid, tidak seharusnya dilihat berpecah-pecah bahkan keseluruhannya perlu ada dalam diri ahli.

Taraf kefahaman pada perkara asas kembali menjadi fokus untuk diperbaiki dan dipertingkat. Seumpama sebuah gambar yang dilihat 2D ianya berbeza dengan gambar yang dilihat 3D, gambar ini dilihat pula pada sisi kiri, seterusnya kanan sehinggalah kita keseluruhannya dan saat itu aspek yang kita lihat pecah sebelum ini, ianya kembali pada satu; kita makhluk yang dipilih Allah untuk menjadi manusia.

Maka, kesimpulan ringkas kepada MSP, perkara dasar tidak akan pernah dilangkaui oleh kehebatan perkembangan sesuatu perkara yang lain selagimana kecaknaan pada kepentingan dasar menjadi titik hujung yang menjadi visi kepada kehidupan. Akhirnya, JSU mewakili panel MSP menjemput sekalian ahli untuk membaca ulasan MSP lebih khusus lagi pada bahagian resolusi. Selamat membaca dan bermuhasabah. Seerualabarakatillah.

 

Sila klik pautan berikut untuk mengetahui Laporan Muhasabah Separuh Penggal dengan lebih lanjut:
LAPORAN MUHASABAH SEPARUH PENGGAL (MSP)

azri

 

 

 

 

 

 

 

 

Muhammad Nur Azri bin Mohd Hisam
Setiausaha PERUBATAN Cawangan Kaherah
Sesi 2015/2016

 

zateel

 

 

 

 

 

 

 

 

Zateel Fahada binti Rusli
Timbalan Setiausaha PERUBATAN Cawangan Kaherah
Sesi 2015/2016