LOGO

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada-Nya dan tiadalah ucapan yang lebih memadai untuk diluahkan rasa ini melainkan dengan apa yang telah diajarkan-Nya kepada kita. Selawat dan salam kepada junjungan agung penghulu kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi murabbi dan muallim kepada sekalian umat.

 

Mengambil firman Allah Taala di dalam al-Quran surah al-‘Alaq ayat 1-5 yang bertemakan penekanan pembacaan dalam disiplin ilmu, kita boleh memahami tarbiah yang Allah tunjukkan kepada junjungan kita Rasulullah SAW bahawa kunci kepada ilmu dan kejayaan ialah kesungguhan.

 

Bertitik mula daripada perkara inilah, Biro Akademik(BCAD) dari 3 cawangan di Kaherah iaitu PERUBATAN  Cawangan al-Azhar (PCA), Ain Shams (PCS) dan Kaherah (PCK) terpanggil untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti akademik dan ilmiah yang mana berkesinambungan daripada program yang pernah dianjurkan pada tahun 2012 iaitu Medicophilic Month (MeM’ 12). Pelbagai aktiviti yang bakal dianjurkan sepanjang program berlangsung sama ada berbentuk pertandingan mahupun pengisian.

 

Dengan penjenamaan semula, program kali ini diberi nama Scientissimo Month(SiM) yang berasal daripada perkataan Latin bermaksud knowledgeable atau berpengetahuan juga bertemakan Towards Competitive & Holistic Doctors To Be (CERTO). Antara objektif-objektif yang cuba ditekankan melalui program ini ialah meningkatkan dan menguji kemahiran ahli, menerapkan ilmu pengetahuan juga nilai professionalism berkaitan sains kesihatan, serta tidak ketinggalan untuk mencungkil bakat-bakat terpendam ahli PERUBATAN.

 

Bakal berlangsung selama 2 minggu sepanjang bulan November 2015 ini, diharapkan seluruh ahli PERUBATAN terutama cawangan di Kaherah tidak kiralah daripada bidang perubatan, pergigian atau farmasi untuk sama-sama menjayakan dan merebut peluang keemasan yang disediakan. Terdapat banyak aktiviti yang akan berlangsung seperti pertandingan bahas Bahasa Melayu, bahas Bahasa Inggeris, pidato, kuiz berkumpulan, nasyid, pertandingan berbentuk maya, forum dan banyak lagi.

 

Justeru, amat diharapkan agar program ini mendapat keredaan dan keberkatan daripada Allah S.W.T dan seterusnya dicatat sebagai amal-amal soleh yang diterima-Nya. Semoga Scientissimo Month (SiM) 2015 sesi ini berjalan lancar sekaligus mencapai objektif-objektif yang telah digariskan dalam melahirkan mahasiswa perubatan yang cemerlang dunia dan gemilang di akhiratnya.

 

Sekian, TerimaKasih.

“Achieve the Highest, Improve Others”

“IlmuwanBerbakti, TeguhSehati”

“at-Taqwa, as-Syifa, ar-Rahmah”

 

PIJAN

 

Mohamad Hifzhan Arimi bin Mohamad Hidzir,

Ex-Officio,

Scientissimo Month (SiM) 2015.

 

 

12168005_895453983837140_291462966_n

Rabiatul Adawiyah binti Saad

Ex-Officio,

Scientissimo Month (SiM) 2015.