LOGO

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan yang tidak terhingga ini, dapat kita meneruskan kehidupan sebagai khalifah di bumi Allah ini. Selawat dan salam ke atas rasul junjungan, Nabi Muhammad SAW atas berkat perjuangan baginda, kita dapat menikmati dua nikmat terbesar, iman dan Islam.

Merujuk kepada tajuk kenyataan, Naib Pengerusi 2 PERUBATAN Cawangan Kaherah 2015/2016, saudari Siti Aminah binti Harun, terpaksa meninggalkan bumi Mesir buat sementara waktu atas beberapa urusan di Malaysia sekaligus tidak dapat menjalankan tugas di Mesir seperti kebiasaan. Justeru, pemangkuan jawatan akan disandang oleh Timbalan Ketua Setiausaha PERUBATAN Cawangan Kaherah 2015/2016, saudari Zateel Fahada binti Rusli. zateel

Pemangkuan ini akan bermula daripada 9 Oktober 2015 sehingga 24 Oktober 2015. Sebarang urusan dan permasalahan, bolehlah merujuk pemangku yang dilantik di Mesir atau berhubung terus dengan pemegang asal jawatan di Malaysia. Pihak PERUBATAN Cawangan Kaherah memohon kemaafan atas sebarang kesulitan.

Sekian, terima kasih.

 

“Kita Keluarga PCK”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa, ar-Rahmah”

jenol

 

 

 

 

 

 

 

Zainol Izzuddin bin Zulkifli
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Kaherah
Sesi 2015/2016

 

noha

 

 

 

 

 

 

 

Noha Nabila binti Mohamad Akhir
Timbalan Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Kaherah
Sesi 2015/2016