LOGO

[MSP : Muhasabah Separuh Penggal Pemangkin Kesempurnaan]

ياأيها الذين آمنوا اتقوا الله ولتنظر نفس ما قدمت لغد واتقوا الله إن الله خبير بما تعلمون

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang akan dilakukan untuk hari esok (akhirat)

(Surah al-Hasyr : 18)

بسم الله الرحمن الرحيم

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. yang juga merupakan Kekasih Allah Azza Wa Jala. Atas perjuangan dan usaha keras Baginda jugalah, satu-satunya agama di sisi Allah iaitu Islam masih mekar dan berkembang sehingga ke hari ini.

Bermuhasabah atau dengan erti kata lain bermaksud menilai sesuatu. Jelas Firman Allah di atas menjelaskan bahawa seseorang itu hendaklah sentiasa memikirkan apa yang sepatutnya dilakukan berdasarkan apa yang telah dilaksanakan sebelumnya kerana perancangan yang teliti hasil dari muhasabah akan membuahkan hasil yang lebih baik. Ayat ini juga membuktikan bahawa amalan bermuhasabah ini termasuk dalam tuntutan agama yang tidak mengecualikan mana- mana individu sekalipun terutamanya mereka yang bergelar pemimpin.

Muhasabah Separuh Penggal  merupakan satu inisiatif PCK sebagai medium untuk mengenalpasti segala kekurangan selama separuh penggal kami berkhidmat dan secara tidak langsung bagi menambahbaik kualiti gerak kerja kami untuk tempoh yang berbaki. Selain itu, muhasabah diri selaku individu muslim dalam melaksanakan kewajipan sebagai hamba Allah juga turut disertakan bersama dalam MSP ini, kerana sebagai manusia kita perlu sentiasa berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih baik dalam hidup agar amalan kita memenangkan kita sewaktu hari perhitungan di mahsyar kelak.

Saidina Umar al-Khattab melalui kata-katanya yang masyhur;

“Hisablah dirimu sebelum engkau dihisab oleh Allah di hari akhirat kelak”.

Secara kasarnya, MSP telah berjalan selama hampir sebulan bermula awal September sehingga hujung Oktober dengan melibatkan semua AJKT dan beberapa pihak tertentu seperti Unit-Unit Khas di bawah PCK. Sehubungan itu, seluruh ahli PCK juga merupakan komponen penting bagi membantu kelancaran MSP ini. Suara dan pandangan daripada ahli amatlah dialu-alukan.

Di sini, kami Jabatan Setiausaha sebagai pihak yang bertanggungjawab mengetuai gerak kerja muhasabah ini menyediakan slides di bawah bagi menjelaskan perjalanan MSP dengan lebih terperinci dan tersusun. Justeru, akhir sekali kami mewakili seluruh pimpinan PCK mengharapkan kerjasama yang baik serta doa daripada semua agar segala yang dirancang untuk MSP ini berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan dari Ilahi.

 

 

Slide1

 

 

Slide2

 

 

Slide3

 

 

 

 

Slide4

 

 

Wallahua’lam.

Sekian, terima kasih.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“Kita Keluarga PCK”

 

azri

 

 

 

 

 

 

 

MUHAMMAD NUR AZRI BIN MOHD HISAM
Ketua Setiausaha
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2015/2016

 

zateel

 

 

 

 

 

 

 

ZATEEL FAHADA BINTI RUSLI
Timbalan Ketua Setiausaha
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2015/2016