LOGO

 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah SAW di atas pengorbanan Baginda sehingga kita sempat merasa nikmat Islam pada hari ini.

Tahun silih berganti, membuka lembaran hidup baharu dengan harapan mendapat keberkatan dan keredaan Ilahi. Sehubungan itu, Biro Akademik PERUBATAN Cawangan Kaherah berbesar hati untuk memaklumkan bahawa tirai sesi akademik 2015/2016 secara rasminya akan bermula pada 28 September(Isnin) ini.

“Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan”

-Imam Al Ghazali-

Sebagai penuntut ilmu, kita haruslah mengorak langkah agar tidak berada di takuk lama dengan meletakkan azam dan berusaha untuk menjadi lebih baik dan melonjakkan prestasi diri.

Bagi membantu wawasan tersebut, Biro Akademik PERUBATAN Cawangan Kaherah mengambil inisiatif untuk mengadakan program Glow with Flow (GwF) di peringkat batch masing-masing pada 10 Oktober hingga 17 Oktober. Perjalanan yang jauh haruslah dibekalkan dengan persediaan yang rapi melalui perkongsian, tips-tips dan nasihat daripada senior untuk dijadikan pedoman. Semoga program ini memberikan ilmu yang bermanfaat di dunia bahkan menjadi bekalan di akhirat kelak. Insya-Allah.

Di kesempatan ini juga, kami mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baharu yang akan memulakan kehidupan sebagai pelajar perubatan di Fakulti Perubatan, Kasr al-Ainy, Universiti Kaherah. Semoga kalian iltizam dan istiqamah menuntut ilmu dalam melahirkan seorang doktor yang cemerlang bukan sahaja dari sudut profesyen bahkan akhlak keperibadian muslim.

“Seorang mukmin terhadap mukmin (lainnya) bagaikan satu bangunan, satu sama lain saling menguatkan.”

(HR. Al Bukhari dan Muslim).

Akhir kata, kami menyeru buat semua ahli PCK bersama berganding bahu, saling membantu dan tolong-menolong antara satu sama lain baik dari segi akademik mahupun kebajikan di rantau ini. Komuniti ahli yang makin mengecil tidak menjadi faktor yang akan melemahkan kita bahkan akan menguatkan tautan ukhuwah antara adik-beradik PCK. Kini dan selamanya kita adalah ahli keluarga PCK.

Allahu taala a’lam.

Sekian, terima kasih.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

“Achieve The Highest, Improve Others”

“Kita Keluarga PCK”

 

pijan

MOHAMMAD HIFZHAN ARIMI BIN MOHAMAD HIDZIR
Ketua Biro Akademik
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2015/2016

 

yana

NUR LIYANA BINTI AB AZIZ
Penolong Ketua Biro Akademik
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2015/2016