“Untuk makluman, permohonan  elektif anda di USM telah pun diluluskan. Sila lapor diri di Pejabat Akademik, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM jam 8.30 pagi pada hari pendaftaran nanti.”

2 Ogos 2015, seawal jam 8 pagi, di hadapan bangunan PPSP, saya menunggu kehadiran rakan-rakan untuk membuat pendaftaran bersama-sama. Seramai 12 orang pelajar Universiti Kaherah, terdiri daripada 9 pelajar Tahun 5 dan 3 pelajar Tahun 4 bakal meluangkan masa selama 2 minggu untuk membuat clinical attachment di  Jabatan Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Sedikit teruja, sementelah ini merupakan pengalaman pertama saya untuk menjalani elektif di hospital tanah air. Adapun pada tahun lepas, saya hanya berkesempatan mengikut abang saya, yang juga seorang doktor bius, menjalankan tugasnya di bilik pembedahan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi. Sejujurnya, dari kecil beliau menjadi sumber inspirasi saya untuk mengikut jejak langkahnya, terjun ke dalam dunia kedoktoran ini. Diberi peluang sekali lagi untuk kembali ke HUSM pada tahun ini, meskipun sebagai elective student, tak terjangka yang saya turut diberi layanan yang baik sebagaimana yang saya terima daripada abang saya.

Berdebar. Melihat pelajar-pelajar perubatan USM berkeliaran di hospital menyebabkan saya yang belajar di Mesir ini berasa inferior dengan mereka. Mana tidaknya, USM terpilih sebagai  apex university yang pertama di Malaysia dan ramai dalam kalangan graduan perubatan lepasan USM yang menjadi doktor-doktor yang terkenal di luar sana. Stigma pelajar Mesir kurang mahir dalam klinikal terngiang-ngiang di minda. Tertanya juga, apalah agaknya pandangan mereka terhadap kami nanti.

Setelah selesai mendaftar dan melaporkan diri di Jabatan Kecemasan, kami diberi sedikit penerangan oleh Dr.F, seorang A&E (Accident & Emergency) specialist registrar. Kami kemudian dibawa meninjau Red Zone, Yellow Zone dan Green Zone.  Alhamdulillah, kedatangan kami dialu-alukan oleh semua staf di situ.

Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Pada awalnya saya dibawa ke Red Zone yang mana keadaan di situ kelihatan tenang. Seorang pesakit lelaki dalam lingkungan belasan tahun yang berbaring lemah di katil, terpaksa bernafas melalui venturi oxygen mask, menarik perhatian saya. Tertera chief complain pada kad kedatangan beliau; “SOB ‘Shortness of breath’ (sesak nafas)” . Satu aduan yang sangat biasa didengari di Jabatan A&E. Aduan pesakit kebiasaanya akan dinilai mengikut tahap keseriusan sebelum diteruskan kepada sebarang rawatan.

Kami menghampiri ibunya di satu sudut, yang tampak risau dan sedih, untuk menanyakan beberapa soalan. Berdasarkan history taking, pesakit yang berusia 20 tahun itu merupakan seorang pesakit yang telah disahkan mengidap kanser osteosarcoma sejak 2013 lagi. Ia dikatakan berpunca daripada pathological fracture of  left tibia ketika mengikuti PLKN. Dia telahpun mendapat rawatan artificial bone replacement dan chemotheraphy, namun, malang sekali, keadaan tidak juga bertambah baik. Hasil keputusan X-Ray juga menunjukkan left basal lung mass dan aspergillosis on right upper lung yang menjadi punca kepada aduan sesak nafas. Saya juga diberitahu bahawa doktor telah mengesahkan yang pesakit ini sudah berada di Tahap Keempat Osteosarcoma dan akan dirujuk kepada pakar Jabatan Onkologi. Air mata ibunya mengalir. Terpaksa ditinggalkan anaknya seketika untuk menahan sebak di dada.

Allahuakbar! Menyaksikan sendiri situasi mengayat hati ini benar-benar melahirkan keinsafan buat diri. Benarlah, setiap daripada kita diuji Allah dengan bermacam-macam jenis ujian, mengikut tahap kemampuan hamba-Nya. Dugaan buat si anak yang terpaksa menanggung kesakitan. Ujian juga  kepada si ibu yang menanggung kesedihan melihat nasib malang menimpa anaknya.

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” Surah Ar-Rahman (ayat 13)

Antara aduan lain yang biasanya diterima di Red Zone ialah seizures (sawan), acute chest pain (sakit dada secara tiba-tiba), acute fever (demam secara tiba-tiba), dengue fever with warning signs (demam denggi disertai tanda amaran), MVA ‘motor vehicle accident’ (kemalangan melibatkan kenderaan), trauma dan shock.

Hari kedua attachment, kami sempat mengikuti round pass over yang diadakan setiap kali waktu pertukaran shift iaitu pada pukul 8 pagi, 3 petang dan 10 malam. Barulah saya tahu, di Jabatan A&E tiada sistem oncall yang kebiasaannya diaplikasikan di bahagian-bahagian lain, tetapi di sini sepenuhnya dijalankan sistem pertukaran shift ini.  Pengalaman mendengar case presentation oleh doktor yang bertugas sedikit sebanyak menambah pengetahuan dan kemahiran untuk digunapakai sewaktu menjadi HO ‘House Officer’ kelak, biiznillah. Penggunaan kata singkatan dan cara menguruskan setiap kes yang berbeza. Sungguh banyak yang perlu saya pelajari lagi. Begitulah rutin kami seharian. Bermula dari 8 pagi, dan pulang pada pukul 4 petang.

Kami turut berpeluang mengenali alatan-alatan di troli kecemasan dan ubat-ubat yang penting di jabatan ini. Apa yang lebih menarik, kami berkesempatan untuk berkongsi pengalaman dengan salah seorang graduan Universiti Kaherah yang kini telah pun menjadi seorang doktor MO ‘Medical Officer’. Beliau turut mengakui kekurangan kemahiran klinikal dalam kalangan graduan Universiti Kaherah, namun itu tidak menjadi pematah semangat beliau. Malah beliau sempat berpesan agar kami sentiasa bersemangat dan tidak jemu untuk terus belajar. Insya-Allah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Kehadiran Dr. Muz, seorang lagi specialist registrar yang sudi mengajar kami, elective student sedikit sebanyak membuatkan kami lebih bersemangat untuk meneruskan sisa hari yang berbaki. Sekiranya ada peluang, beliau akan membuat 5 minute case discussion di mana kami berkumpul untuk membincangkan causes, pathophysiology, signs and symptoms, management dan macam-macam lagi. Diterjah dengan soalan tentang 7 warning symptoms and signs of dengue fever, akan membuatkan ia terlekat di ingatan kami sampai bila-bila.

Abdominal pain or tenderness, persistent vomiting, clinical fluid accumulation, mucosal bleed, lethargy, tender hepatomegaly, laboratory increase in HCT and decrease in platelet count. Jika mana-mana pesakit datang dengan tanda-tanda tersebut dan tinggal di kawasan yang pernah dilakukan fogging, maka it is confirmed to be a dengue fever case until proven otherwise“, masih terngiang kata-kata ini.

Di Yellow Zone pula saya diberi peluang untuk memasukkan IV line dan mengambil darah pesakit. Doktor-doktor dan staf-staf di sini sangatlah membantu. Alhamdulillah, menjadi suatu kepuasan apabila berjaya membuatnya dengan hanya  sekali percubaan. Takut juga saya sekiranya gagal dan menyebabkan pesakit mengadu sakit. Mempelajari ECG, catheter insertion dan basic physical examinations merupakan antara perkara baru yang turut dipelajari sepanjang bergelumang di Jabatan A&E ini. Seronok juga dapat melihat pelbagai kes yang sudahpun dipelajari. Namun, sedikit terkilan kerana hanya sedikit sahaja masa yang sempat diperuntukkan di Green Zone. Bertambah sedih apabila saya tidak berkesempatan untuk mengikuti shift malam yang pastinya lebih banyak kes yang menarik.

Bak kata orang, “Sambil menyelam, minum air.” Alang-alang sudah berada di hospital, kami tidak melepaskan kesempatan ini untuk turut melakukan tagging di Jabatan Oftalmologi, Jabatan Perubatan, serta Jabatan Psikiatri. Salah satu kes menarik yang tidak dapat dilupakan ialah  kes astrocytoma. Sejenis penyakit yang menyebabkan pesakit mengalami eye proptosis dan optic nerve compression. Pesakit neurofibromatosisbipolar disorder dan schizophrenia antara yang turut kami jumpa di Jabatan Psikiatri. Masih bermain di ingatan saya, pengalaman mengambil data pesakit bipolar disorder. Sedikit kesimpulan yang dapat saya buat, menjadi doktor psikiatri benar-benar memerlukan imaginasi dan kesabaran yang tinggi.

Alhamdulillah. Meskipun hanya sebentar, peluang menjalani attachment di hospital USM ini sedikit sebanyak membantu saya untuk mengadaptasi dengan susana bekerja di Malaysia sebagai seorang doktor suatu masa nanti. Tak dinafikan, saya sedikit malu apabila tidak dapat menjawab pertanyaan yang dihujani oleh doktor. Namun, perasaan itu saya atasi dengan kesungguhan untuk mendapatkan jawapan kepada soalan tersebut.

Ya, usah dirisau tentang stigma masyarakat terhadap graduan Mesir. Sebaliknya kita sendiri yang perlu membuktikan stigma itu salah dengan sentiasa bersikap positif, bersemangat untuk belajar dan mengekalkan hubungan baik sesama doktor, medical attendant, jururawat dan pesakit di hospital. Setiap rawatan yang diberi mengikut perkiraan kita sebagai doktor itu, hanyalah  99% tepat kerana perkiraan Allah itu sahajalah yang sempurna. Ingat, Dia Maha Mengetahui.

 

Pesan Dr.Muz kepada kami, “If you get something that you don’t like, know that Allah has better plans for you.” Simple but deep.

a

Fatin Nabila binti Luqman merupakan salah seorang ahli genX yang akan memasuki tahun akhir perubatan sesi depan. Seorang AJKT PERUBATAN, beliau juga menulis dari semasa ke semasa.