KAHERAH, 10 April- Satu program Cairo Medical Team (CMT), Let’s All Go Out (LEGO) yang berkonsepkan hari keluarga telah diadakan di Hadiqah al-Azhar. Berikutan dengan pertambahan bilangan ahli Medteam, pastinya program yang berbentuk explorace ini berjaya menyatukan semua ahli yang terdiri daripada Novice (MedXimus), Junior(Jebat) dan Senior(Ace) di bawah satu program mega ini.

Seramai 89 orang ahli CMT telah menghadirkan diri seawal 8 pagi lagi. LEGO pada kali ini menampilkan lima fasilitator yang dijemput khas dari Ain Shams Medical Team. Program yang bertemakan ‘We All, Are Medteam’ dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Muhammad Zofir Wajdi bin Arip dan perkongsian daripada senior-senior  Medteam. Kemudian, LEGO diteruskan lagi dengan slot Wildmedic dan taklimat permainan oleh Saudara Hilmi Afandi bin Aidi Roslan.

Selepas itu, semua peserta yang terdiri daripada lima kumpulan lelaki dan lima kumpulan perempuan bergerak ke stesen yang telah ditetapkan. Pelbagai jenis tugasan yang perlu mereka selesaikan di setiap stesen. Majoriti peserta berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih gelaran juara LEGO. Semangat yang berkobar-kobar  pada peserta dapat dilihat sebelum majlis pembukaan lagi. Mereka tekun mengulangkaji nota-nota silibus yang telah mereka pelajari semasa Small Group Discussion (SGD).

DSC_0307 (428x640)

Walaupun mereka terpaksa berjalan hampir separuh taman tersebut, namun dengan semangat ukhuwah yang jitu mereka berjaya meneruskan perjalanan dan melaksanakan tugasan di setiap stesen. Mereka saling bekerjasama dan memberi sokongan antara satu sama lain terutamanya dalam permainan balingan kasut, selam dalam air, regu dan non-medical quiz. Disamping mengumpul markah dalam bentuk coklat smarties, mereka dapat berkenalan antara satu sama lain di dalam permainan tic tac toe ukhuwah .Selain menguji ketangkasan fizikal dan mental ahli, program ini juga menguji kemahiran klinikal ahli terutamanya pada tugasan medical check up, medical quiz, cardiopulmonary resuscitation (CPR), splint, sling dan wound management. Di pengakhiran explorace, semua kumpulan dikehendaki menyelesaikan jigsaw puzzle yang diberi.

DSC_0336 (428x640)

Usai makan tengahari dan solat, program diteruskan dengan majlis perasmian penutup. Majlis dimulakan dengan ucapan  Pengarah LEGO, saudara Mundzir Zainuddin. Beliau mengingatkan kepada semua peserta agar saling berkenalan bukan sekadar untuk berseronok sahaja namun berkenalanlah untuk mencari keredaan Ilahi.

Saudara Ahmad Kamil bin Ahmad Fahmi, mantan Majlis Tertinggi PERUBATAN Cawangan Kaherah telah dijemput untuk berucap sebagai wakil daripada senior Medteam. “Kita janganlah menyertai Medteam semata-mata untuk menerima sahaja, tetapi berusahalah pada satu perkara yang boleh kita sumbangkan dan memberi manfaat kepada orang lain,” ujar beliau. Kata-kata beliau tersebut telah memberi kesedaran kepada ahli agar terus menyumbang kepada komuniti serta menjadi ahli yang terkehadapan dalam bidang kesihatan.

Majlis penutup ini telah dirasmikan oleh saudara Zainol Izzuddin bin Zulkifli, Pengerusi PERUBATAN Cawangan Kaherah Sesi 2015/2016.Beliau memberi penekanan tentang konsep ukhuwah islam yang sebenar dan keperluan untuk memantapkan kemahiran klinikal serta pengurusan sebagai  ahli CMT.

Kalah menang adat permainan, LEGO  tahun ini telah menobatkan kumpulan Rambutan lelaki dan Nenas perempuan sebagai juara. Manakala kumpulan Oren sebagai naib juara dan kumpulan Manggis di tempat ketiga. Cenderamata kepada ahli Medteam terbaik , kumpulan JEBAT terbaik serta ahli jawatankuasa Medteam sesi 2014/2015 dan para sukarelawan yang telah berkhidmat untuk CMT juga telah diberi bagi menghargai jasa mereka. Hari keluarga CMT ini telah berakhir pada jam dua setengah petang dengan sesi bergambar.

DSC_0343 (640x427)

 “Thank you to all  the members of Medteam  for this nice ukhuwah. I really enjoy it. May Allah bless.Stay happy, stay strong and be steadfast. Always be confidence and have a nice day!” kata saudari Wahdaty Najihah Mohd yang dinobatkan sebagai peserta terbaik akhawat.

Ternyata LEGO berjaya mencapai objektifnya untuk merapat ukhuwah antara ahli dan memantapkan kemahiran klinikal. Semoga program yang telah dilaksanakan ini dapat memberi manfaat kepada peserta seterusnya mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT.

DSC_0519 (640x428)

Disediakan oleh,

NUR’AINI SOFIA BINTI ROSMAN
Setiausaha LEGO 2015,
Cairo Medical Team(CMT),
PERUBATAN Cawanagan Kaherah Sesi 2015/2016.