Kasr al-Ainy, 2 April- Satu pertemuan rasmi  telah diadakan antara Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) bersama Dr Hala’ Salah, Timbalan Dekan Bahagian Prasiswazah dan Hal Ehwal Pelajar.

Wakil PCK terdiri daripada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PCK, saudara Zainol Izzuddin bin Zulkifli dan saudari Noha Nabila binti Mohd Akhir beserta beberapa orang wakil daripada Jabatan Setiausaha, Biro Akademik, Biro Penerbitan dan Penerangan, Biro Sukan dan Aktiviti Luar dan Biro Perumahan. Perjumpaan ini berlangsung selama 1 jam 30 minit dan berjaya membentuk satu perbincangan yang positif dalam memastikan kebaikan dapat dicapai antara kedua-dua belah pihak.

Pertemuan dimulakan dengan pengenalan barisan kepimpinan baharu PCK  untuk meneruskan kerjasama yang baik antara kedua-dua pihak. Matlamat pertemuan ini juga adalah untuk memberi tanggapan baik tentang pelajar Malaysia di Universiti Kaherah.

Dalam usaha menjaga kebajikan ahli secara khusus, PCK tidak akan pernah mengabaikan isu akademik dalam membina diri ahli. Isu fail pelajar mahupun isu yuran universiti juga telah dibincangkan secara mendalam bagi membantu ahli untuk terus fokus dalam pelajaran tanpa memikirkan  masalah ini. Namun, apa yang lebih penting adalah kesedaran ahli untuk belajar bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan.

Selain itu, isu klinikal dan konferens juga diketengahkan oleh Ketua dan Timbalan Ketua Biro Akademik. Antara hal lain yang mendapat perhatian Dr Hala’ ialah isu kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti dan tarikh buka kuliah.

“You have a great association, you are not only trying to build a person, but also a good manager, a leader and a medical doctor. You have to be malleable, because priority changes. One’s capacity to learn declines after age 27. We can only use the experience we already had. So, try to find as much experience  as you can right now,” nasihat Dr Hala’ kepada semua pelajar pada akhir pertemuan.

Perjumpaan diakhiri dengan pemberian cenderahati  kepada Dr Hala’. Semoga perjumpaan ini dapat mengukuhkan tapak PCK yang sedia ada di samping membina ahlinya ke arah keperibadian insan yang hebat.

 

Photo 3-4-15 1 28 34 am