LOGO 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.”

(Al-Munafiqun, 62:10)

Markas PERUBATAN Abou Risy ibarat rumah kedua bagi semua ahli PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) . Hal ini kerana, di dalam markas inilah pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti kelas tafaqquh, Taalim Muallim, Ijtima’ Huffaz, kelas tutorial, mesyuarat dan program daripada peringkat batch sehinggalah peringkat PERUBATAN Pusat. Markas ini telah banyak berjasa dalam menjadi tempat pengikat ukhuwah ahli-ahli PCK. Amat besarlah harapan kami, Biro Perumahan (BHOME) PCK, agar semua ahli PCK dapat bersama-sama membantu dalam membiayai sewa markas dan bil-bil berkaitan dengan markas yang kita sayangi ini.

Sehubungan dengan itu, pihak BHOME PCK ingin mengumumkan kutipan Sistem Bakti Markas (SBM) bagi tahun pengajian 2015/2016.

PENGENALAN SISTEM BAKTI MARKAS (SBM)

Sistem Bakti Markas yang diwujudkan bertujuan untuk membiayai sewa bulanan  Markas PERUBATAN Abou Risy. Sistem ini diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan Bendahari BHOME PCK.

Pada tahun ini, kami pihak BHOME PCK bersepakat meneruskan kadar kutipan yang sama seperti sesi yang lepas. Berikut adalah sebab-sebab kadar jumlah yang ditetapkan adalah sama:

  1. Peningkatan sewa markas yang mendadak daripada 1600le kepada 1800le pada bulan Jun 2013 dan daripada 1800le kepada 2000le pada bulan November 2014 sehingga kini.
  2. Pengurangan ahli PCK disebabkan oleh tawaran Sistem Transfer Kredit.
  3. Ketiadaan pelajar-pelajar baru di Universiti Kaherah yang menjadi sumber penyumbang kepada SBM.

 

MODUS OPERANDI SISTEM BAKTI MARKAS (SBM) 2015/2016

  1. Kutipan SBM terbahagi kepada DUA.
  • Pelajar tajaan: 15le
  • Pelajar bukan tajaan: 10le
  1. Kutipan ini adalah DIWAJIBKAN ke atas semua ahli PERUBATAN Cawangan Kaherah.
  2. Pengenalan SBM dan kutipan SBM akan dilaksanakan dengan kerjasama bendahari setiap batch di bawah seliaan Bendahari BHOME PCK.
  3. Kutipan akan bermula pada 1 April 2015.
  4. Kutipan hanya dijalankan 4 kali sepanjang sesi 2015/2016.
  5. Hasil kutipan oleh bendahari setiap batch perlu diserahkan kepada Bendahari BHOME PCK.
  6. Sebarang penambahan sumbangan kewangan peribadi mahupun berkumpulan selain SBM amatlah dialu-alukan. Sumbangan tersebut boleh diserahkan kepada KETUA BHOME PCK, TIMBALAN KETUA BHOME PCK atau BENDAHARI BHOME PCK.
  7. Sebarang masalah yang dihadapi boleh merujuk kepada :
  • MUHAMMAD HABIBULLAH BIN ISA (KETUA BHOME PCK)  +201156901887
  • NAJIHAH BINTI JANUDIN (TIMB. KETUA BHOME PCK)  +201154501817
  • AIDA FARHANA BINTI MOHAMED KAMAL (BENDAHARI BHOME PCK)  +201140092426

11002669_706158939507167_7554304420267712952_o

Kami di pihak PERUBATAN Cawangan Kaherah mengucapkan jazakumullah khairan kathira kepada para penyumbang  sesi sebelum ini yang banyak meringankan beban pembayaran sewa markas. Semoga amalan kebaikan kita ini berterusan untuk tahun yang akan datang, sekaligus memberatkan timbangan amal kita di akhirat kelak.

Sekian, terima kasih.

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar- Rahmah”
“Together We Unite To Serve Our Community”

11103811_10203728652957336_985518669_o

 

 

 

 

 

 

 

MUHAMMAD HABIBULLAH BIN ISA
Ketua Biro Perumahan,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2015/2016

 

11067735_10203728652637328_1453226138_o

 

 

 

 

 

 

 

NAJIHAH BINTI JANUDIN
Timbalan Ketua Biro Perumahan,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2015/2016