Color NEW

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Syukur ke hadrat Ilahi atas segala limpah dan kurnia-Nya kepada kita. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita juga tergolong sebagai umat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaat Baginda kelak.

Berikutan cuti sempena musim sejuk  yang baru sahaja bermula, terdapat beberapa AJKT PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) yang tiada di Mesir dalam tempoh tertentu sepanjang tempoh percutian masing-masing. Oleh itu, kekosongan jawatan akan dipangku oleh AJKT lain yang berada di Mesir.

Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan;

“ Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan pemangkuan yang telah dipersetujui di peringkat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT).

 

Ketua Biro:

1)Biro Penerangan Dan Penerbitan (BPP)

Zainol Izzuddin dipangku oleh Afiq Zulhilmi

2)Biro Akademik (BCAD)

Zofir Wajdi dipangku oleh Faisal Suhaimi

3)Biro Kebajikan (BCARE)

Wan Nusairi dipangku oleh Shahrul A’rif

 

Timbalan Ketua Biro:

1)Biro Sukan dan Aktiviti Luar (BSAL)

Liyana Aziz dipangku oleh Zateel Fahada

2)Biro Kebajikan (BCARE)

Fatin Nabila Luqman dipangku oleh Siti Aminah

3)Biro Perumahan (BHOME)

Izazi Fakhira dipangku oleh Noha Nabila

 

Pemangkuan ini akan berkuatkuasa sejurus selepas kenyataan rasmi ini dikeluarkan sehingga AJKT tersebut pulang semula ke Mesir bagi menyambung tugasannya seperti biasa. Sebarang urusan yang melibatkan AJKT tersebut dan mana-mana biro, bolehlah berhubung terus dengan pemangku yang dilantik. Kami di peringkat PCK memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

 

Sekian, terima kasih.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
“Kita Keluarga PCK”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

 

iqbal

Haniz Iqbal Bin Hazaidi,
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2014/2015.

 

farah

Farah Hanin Binti Mohd Azmi,
Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2014/2015.