Untitled

  1. Graf menunjukkan laporan yang diterima oleh JAKSI Cawangan Kaherah untuk bulan Jun hingga Disember 2014.
  2. Aduan yang paling banyak diterima ialah berkenaan kes kecurian dan gangguan keselamatan.
  3. Satu kes kecurian diterima pada bulan Jun dan meningkat kepada dua kes pada bulan Disember.
  4. Satu kes berkenaan gangguan keselamatan diterima pada bulan Jun dan meningkat kepada dua kes pada bulan Oktober.
  5. Berikut adalah panduan keselamatan yang digariskan oleh JAKSI agar masalah yang berlaku dapat dikurangkan seterusnya dielakkan pada masa yang akan datang.

 

[ PANDUAN KESELAMATAN : ROMPAKAN & RAGUT ]

  • RUMAH
  1. Pastikan pintu pagar atau pintu utama dikunci sepanjang masa.
  2. Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali, kenal pasti pelawat sebelum membuka pintu.
  3. Maklumkan kepada ahli rumah terlebih dahulu jika anda menyuruh kawan atau seseorang ke rumah anda.
  4. Sekiranya anda bakal meninggalkan rumah untuk bercuti, pastikan anda memaklumkan kepada tuan rumah atau sahabat anda 
  • TEMPAT AWAM
  1. Berwaspadalah apabila ada orang yang tidak dikenali mengekori anda.
  2. Elakkan dari menaiki lif dengan orang yang mencurigakan. Aturkan seseorang untuk menemani anda pulang ke rumah.
  3. Elakkan dari memakai barang kemas atau membawa wang tunai yang banyak.
  4. Rancang perjalanan anda dan elakkan dari melalui tempat gelap atau sunyi, usahakan supaya tidak berseorangan.
  • UMUM
  1. Sentiasa membawa wang secara minima.
  2. Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
  3. Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
  4. Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat – tempat sunyi.
  5. Jangan mendedahkan barang – barang kemas yang dipakai.
  6. Ketika berjalan di atas jalanraya, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.

 

  • APA ANDA PERLU LAKUKAN APABILA DIROMPAK?
  1. Anda perlu bertenang. Jangan bertindak jika perompak berkenaan mempunyai senjata.
  2. Perhatikan gerak – geri perompak seperti perwatakan, air muka, pakaian, tingkah laku, pergerakan dan keterangan fizikal yang lain. Ia boleh membantu polis untuk mengesan perompak berkenaan.
  3. Perhatikan juga ke mana arah dan cara perompak itu melarikan diri. Jika ia menggunakan kenderaan, rekodkan nombor pendaftaran, warna dan jenis kereta. Pastikan juga ke arah mana ia pergi.
  4. Hubungi pihak JAKSI atau polis dengan segera.

 

[PANDUAN KESELAMATAN : DILUAR RUMAH]

  1. Mengelakkan berjalan berseorangan ditempat sunyi dan gelap. Gunakan musyrif diwaktu malam.
  2. Akhawat hendaklah menjaga pakaian dan tidak mamakai pakaian yang menjolok mata. Pakaian yang seksi dan terdedah boleh mengundang minat penjenayah.
  3. Sentiasa prihatin dan peka terhadap keadaan sekeliling anda. Sekiranya terdapat individu yang mencurigakan, segera beredar ketempat yang lebih selamat.
  4. Jangan terlampau mesra dengan lelaki arab yang tidak dikenali, jawab pertanyaan yang diajukan sekadar perlu.
  5. Elakkan memegang/mendedahkan gadjet berharga anda dikhalayak ramai. Simpan ditempat yang selamat.
  6. Jika anda berasa terancam maka bersedialah atau simpan senjata seperti pepper spray dan sebagainya bagi memudahkan anda melumpuhkan penjenayah.
  7. Sekiranya diganggu atau berasa terancam, jerit sekuat hati bagi menarik perhatian orang sekeliling.
  8. Sentiasa berdoa sebelum keluar rumah dan keluar dengan ucapan bismillah. Amalkan ayat kursi.

lala

Akhir sekali, pihak JAKSI mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua sepanjang tahun 2014. Moga 2015 menjadi tahun yang lebih baik buat seluruh keluarga PCK. Sama-sama kita terus tingkatkan biah solehah serta keselamatan komuniti kita.

 

“HAQ TERTEGAK BIAH TERPELIHARA”

JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN SOSIAL ISLAM (JAKSI)

PERUBATAN CAWANGAN KAHERAH