Logo Perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, puji dan syukur kita panjatkan kepada yang Maha Esa kerana atas belas dan rahmatNya kita masih menjadi hamba dan terus hidup menikmati kurniaanNya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Moga-moga dengan dengan selawat ini menjadi bukti manisfestasi cinta kita kepada insan agung ini.

Bulan berganti bulan. Musim berganti musim. Setelah 3 bulan kita berprogram, kini tibalah masanya untuk kita fokuskan segenap usaha dan tenaga kita untuk menelaah pelajaran bagi menghadapi peperiksaan yang mendatang. Kita sedia maklum bahawa tahun pra-klinikal 1,2 dan 3 akan memulakan peperiksaan pertengahan tahun mereka pada awal Januari ini. Oleh itu, PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) akan memberi laluan kepada ahli untuk mengulangkaji dan lebih fokus membuat persiapan dalam menghadapi  peperiksaan dengan memberhentikan (tawaqquf) beberapa program dan aktiviti bermula pada 22 Disember 2014 sehingga berakhirnya peperiksaan.

Namun begitu, bagi tahun klinikal masih terdapat beberapa program akan berjalan seperti biasa seperti kelas tafakkuh dan aktiviti-aktiviti berskala kecil bagi mengisi masa ahli yang tiada peperiksaan. Maka, tawakkuf program ini akan dikhususkan buat tahun 1,2 dan 3 dan dalam masa yang sama hanya beberapa program akan dijalankan untuk pelajar tahun klinikal.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh ahli PCK di atas kesudian kalian bersama-sama menjayakan program yang telah diatur. Kita memulakan penggal baru pembelajaran dengan sambutan Aidiladha beramai-ramai. Kemudian, program Glow With Flow dijalankan untuk setiap batch dan diteruskan dengan program DUAT bagi melatih nuqaba’  baru. Kita juga telah berjaya menganjurkan program istimewa khas untuk para akhawat iaitu SAKURA. Seterusnya, program AHLAN telah dirancang untuk menyambut kedatangan adik-adik baru ke bumi Kaherah ini. Kita turut berbangga dengan tertubuhnya Organisasi Batch (OB) sebagai satu medium penting menyatukan PCK dengan ahli. Setelah bermain dan bersukan bersama di dalam PSD dan UFO’14, maka kita pilih satu program motivasi NiLE sebagai program terakhir sebelum tawaqquf. Semoga program-program yang dijalankan ini memberi manfaat untuk kita bersama di dunia dan akhirat.

Akhir kalam, PCK megucapkan selamat maju jaya kepada seluruh ahli di dalam peperiksaan masing-masing. Teruskan berusaha. Jangan pernah putus asa. Setelah selesai berusaha banyakkan berdoa semoga urusan kita dipermudahkanNya.

Firman Allah Dalam surah  Ali-Imran ayat 54 yg bermaksud:

“Mereka merancang , Allah juga merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang”

“Kita Keluarga PCK”
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar- Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

afiq

Afiq Zulhilmi bin Zairudin
Naib Pengerusi I,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2014/2015

anis zarina

Anis Zarini binti Zarini
Naib Pengerusi II,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2014/2015.