Color NEW

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”. (Al Baqarah: 30)

Bersesuaian dengan ayat diatas, sudah ditakdirkan sejak awal penciptaan, manusia ditugaskan untuk menjadi khalifah ( pemimpin ) di atas muka bumi ini. Justeru menjadi kewajipan kepada setiap umat manusia untuk memimpin. Ayat di atas ini dikukuhkan lagi dengan kata-kata Imam Ibnu Taimiyah Rahimullahu Ta’ala yang bermaksud ,

“Wajiblah diketahui bahawa mentadbir urusan muslimin, merupakan kewajiban agama yang paling besar. Malah urusan agama dan dunia tidak akan dapat dilaksanakan tanpanya.Sesungguhnya kemaslahatan keturunan Adam tidak akan sempurna melainkan dengan perkumpulan, di mana sebahagiannya berhajat kepada bantuan sebahagian yang lain. Apabila mereka berhimpun, mereka perlu kepada seseorang yang memimpin.”

Selari konsep pemimpin dan kepimpinan menurut Islam, ahli akan dipilih bagi menerajui tampuk pimpinan PERUBATAN Cawangan Kaherah dan seterusnya menggantikan pimpinan yang lama melalui satu proses yang telus & adil .

Penubuhan Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan 2014/2015

Sebagaimana yang diketahui umum, barisan kepimpinan PERUBATAN Cawangan adalah dipilih oleh ahli PERUBATAN Cawangan tersebut yang berdaftar melalui satu proses pilihanraya. Barisan kepimpinan yang dilantik bertanggungjawab dalam membawa PERUBATAN selari dengan tujuan penubuhannya dan agenda tahunan.

Proses perlantikan ini akan dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa khas yang dinamakan Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC). Mereka bertanggungjawab memastikan proses pemilihan dalam keadaan bebas dan bersih serta berjalan dengan lancar. Hal ini bertepatan dengan Fasal 27 (1) (a) Jawatankuasa Khas untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang selepas ini disebut sebagai Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) hendaklah ditubuhkan oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN untuk mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.

Barisan Penasihat PERUBATAN Cawangan Kaherah 2014/2015 dengan ini bersetuju untuk melantik saudara Hilmi Afandi Bin Aidi Roslan sebagai Pengarah & saudari Sumirah Sumiyyah Bt Ramli sebagai Timbalan Pengarah bagi Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan ( JPC ) bagi sesi 2014/2015.

Oleh itu, besarlah harapan saya untuk melihat pilihanraya kali ini mendapat sokongan padu daripada keseluruhan ahli dan seterusnya berharap agar keseluruhan proses pemilihan AJKT Cawangan berjalan dengan lancar daripada mula sehingga akhir. Justeru itu, marilah sama-sama kita bergandingan bahu bagi menghangatkan pilihanraya kali ini.

 

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar- Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

afnan

 

 

 

 

 

 

Muhammad Afnan bin Fakhrurazi,
Ketua Lembaga Penasihat,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 14/15