Logo JPC Kaherah

 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

”Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang tersusun rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”

(Surah Saff:4)

Ayat ini memberi gambaran akan peri pentingnya organisasi yang tersusun bagi menguatkan lagi kekuatan ummah bagi meletakkan Islam sebagai cara hidup yang melengkapi seluruh aspek kehidupan manusia. Sesebuah organisasi itu pula tidak akan mampu bergerak tanpa ketua yang akan memimpin ahlinya. Baginda Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang bermaksud

“Apabila tiga orang keluar bermusafir maka lantiklah dari kalangan mereka seorang untuk menjadi ketua.”

Mengekalkan Sistem Pencalonan

Sebagai sebuah badan bebas yang bernaung bawah PERUBATAN, Jawatankuasa Pilihan Raya PERUBATAN (JPP) 2014 bertanggungjawab untuk memastikan proses pemilihan Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) dan Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan (JKTPC) sesi 2015/2016 berjalan dengan lancar.

Pada tahun ini, JPP akan mengguna pakai sistem ‘Pencalonan’ sebagaimana yang telah diamalkan 4 tahun kebelakangan ini. Melalui sistem ini, calon yang layak bertanding perlulah mendapat cadangan dan sokongan dari individu yang lain. Ahli PERUBATAN juga akan melalui beberapa fasa pilihan raya. Antaranya fasa pencalonan, fasa kempen dan bantahan, dan akhirnya pengundian.

 

Pilihan Raya PERUBATAN Cawangan Kaherah

Setelah meneliti dari pelbagai aspek, pihak Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) Kaherah telah menetapkan beberapa tarikh penting bagi menjayakan pilihan raya cawangan di Kaherah. Butiran adalah seperti berikut:

Perkara Tarikh

Perkara Tarikh
Jualan Borang Pencalonan 3-6 Disember 2014
Hari Pencalonan 6 Disember 2014
Tempoh Kempen & Bantahan 7-19 Disember 2014
Hari Pengundian 20 Disember 2014

Untuk maklumat lanjut tentang Pilihan Raya PERUBATAN Cawangan Kaherah, sila layari :

1) Blog Rasmi JPC Kaherah

2) Page Rasmi PCK

3) Twitter PCK

Seruan kepada Ahli

 

Saidina Ali ada berkata,
“Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.”
Wahai pemuda-pemudi PERUBATAN Cawangan Kaherah, tugas melantik pimpinan merupakan tanggungjawab bersama. Justeru pihak kami menyeru semua ahli PERUBATAN cawangan Kaherah untuk turut serta dan sama-sama melibatkan diri sepanjang berlangsungnya proses pilihan raya pada bulan ini. Seterusnya, menjayakan sasaran kami agar sekurang-kurangnya 70% ahli PERUBATAN turun mengundi di peringkat PERUBATAN cawangan Kaherah.

Kuasa di tangan anda, sentiasalah amanah dalam mengendalikannya.

Wallahu ta’ala a’lam.

“Berkat, Telus dan Cekap”

gambarn

 

 

 

 

 

 

 

Hilmi Afandi Bin Aidi Roslan
Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan Kaherah
Sesi 2014