Color NEW

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya, kita masih lagi merasai nikmat hidup sebagai hambaNya. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. yang telah menyampaikan risalah Islam sehingga kini kita masih tergolong dalam kalangan umatnya.

Bersempena bulan Disember yang bakal tiba seiring kemunculan Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC), semua sedia maklum bahawa barisan pimpinan Perubatan Cawangan Kaherah (PCK) juga bakal bertukar wajah.

Maka, berdasarkan perlembagaan PERUBATAN, Bab Keempat: PERUBATAN CAWANGAN; dalam Fasal 28: Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) Perubatan Cawangan; Perkara 1 (d) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

Oleh itu, sukacita diumumkan bahawa 2 orang AJKT kekal lelaki dan 2 orang AJKT kekal wanita  PERUBATAN Cawangan Kaherah sesi 2015/2016 adalah seperti berikut :

aqil1) Mohammad Aqil B. Azman (Tahun 4)

shahrul2) Shahrul ‘Arif B. Shahrulazhar (tahun 3)

fatin nabila3) Fatin Nabila Bt Luqman (Tahun 5)

zateel4) Zateel Fahada Bt Rusli (Tahun 4)

Besar harapan kami agar seluruh ahli PCK memberikan sokongan penuh kepada mereka termasuklah bakal pimpinan PCK yang akan datang. Ayuh bersama-sama kita meriahkan Pilihanraya Cawangan kali ini. Sesungguhnya memilih pimpinan merupakan tanggungjawab kita semua.

Seeru ala barokatillah

“Kita Keluarga PCK”
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar- Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

iqbal

 

 

 

 

 

 

 

Haniz Iqbal B Hazaidi
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2014/2015.

 

farah

 

 

 

 

 

 

 

Farah Hanin Bt Mohd Azmi
Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2014/2015.