Kaherah, 30 Ogos-Kunjungan rombongan dari Tanta ke Sayyeda Zainab mengeratkan lagi hubungan antara dua cawangan, PERUBATAN Cawangan Kaherah(PCK) dan PERUBATAN Cawangan Tanta(PCT).

Kunjungan kali ini merupakan titik tolak permulaan ukhuwah antara ahli PCK & PCT untuk berkenal-kenalan dengan lebih lanjut. Kehadiran ahli PCT disambut mesra oleh ahli PCK yang hadir. Sebelum ini, ahli PCK pernah berkunjung ke Tanta bagi merayakan lebaran bersama.

Daurah Kitab yang dianjurkan PCT ini merupakan salah satu usaha untuk menyambung pembacaan Kitab Al-Qawaid Al-Asasiyyah fi Ulumul Quran sebagai  kesinambungan program DAWA’ yang dianjurkan Jabatan Pembangunan Insan 20 Ogos yang lalu. Namun begitu, PERUBATAN Cawangan Kaherah diberi peluang untuk menjadi sebagai tuan rumah pada kali ini. Pengisi yang dijemput adalah Ustaz Mohd Shafiq Bin Sahimi.
dawa
Pembentangan kitab bermula pukul 5.30 petang dan berhenti rehat seketika untuk solat Maghrib. Selepas Maghrib, daurah bersambung sehingga berakhir pada pukul 9 malam.
dawa2
Naib Pengerusi 2 PCT, Zaiyan Masturah menyatakan rasa gembira kerana dapat mempelajari ilmu berkaitan Al-Quran, malah dapat juga pelajari tentang usul fiqh secara tidak langsung.Layanan yang diberikan oleh warga PCK selaku tuan rumah amatlah baik sekali.

“Harapannya agar selepas ini dapat lagi laksanakan program bersama begini kerana selain dapat menuntut ilmu, dapat mengeratkan hubungan antara ahli berlainan cawangan. Lebih-lebih lagi PCT dan PCK merupakan cawangan taakhi sepertimana yang telah Presiden PERUBATAN nyatakan semasa MAT yang lepas,” ujar beliau lagi.

 

Disediakan oleh,

Ainatul Mardhiah Binti Mohammadin,
Timbalan Setiausaha merangkap pemangku Biro Penerbitan dan Penerangan,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2014/2015