10530912_10202132901464546_2849572618086302007_n

Bumi Gaza itu,
Sudah sekian lama merintih,
Sudah sekian lama disimbah darah,
Sudah sekian lama menderita.

Di bumi Gaza itu,
Ramai anak-anak yang sudah menjadi yatim piatu,
Ramai ibu-ibu yang ditinggal sayu,
Kediaman yang ada diranap musnah,
Habis segalanya hancur binasa.

Tapi di bumi yang lain
Umat sejagatnya ada yang diam membisu,
Boikot itu diketawa dan diejek,
Usaha membantu dipandang sinis,
Katanya ini bukan hal kami,
Katanya disini masih aman lagi.

Benarlah seperti yang dibicarakan
Umat islam diakhir zaman itu ramai,
Tapi mereka bagaikan buih-buih di lautan,
Tiada kualiti hanya sekadar kuantiti.

Gaza itu perlukan kita,
Rintihan mereka bukanlah rintihan bermusim,
Derita mereka tiada kesudahan,
Luka darah yg parah membesar bersama,
Dentuman letupan bak irama hiburan.

Bagaimana dengan kita?
Andainya umat Islam bersatu,
Pastinya Gaza tidak menderita,
Kerahkan segala yang ada untuk membantu,
Harta dan tenaga bagi yang mampu,
Doa untuk mereka jangan pernah putus,
Kerana kita dan mereka itu bersaudara,
Di bawah payung akidah yang satu.

 

” Pengurusan Kewangan Berkualiti, Kredibiliti PERUBATAN Diperakui ”

hidayah

 

 

 

 

 

Wan Nurhidayah binti Wan Yahaya
Timbalan Bendahari Kehormat
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2014/2015