liqa 6

Pada 1 Mei 2014 , Biro Sukan dan Aktiviti Luar PERUBATAN Cawangan Kaherah telah mengadakan majlis penutup bagi Kejohanan LIQA. Maka berakhirlah keringat kesemua pemain bagi kelapan-lapan pasukan yang berentap bermati-matian selama 7 gameweeks untuk menentukan pasukan mana yang layak menjulang takhta Juara Cairo Premier League LIQA’ 2013-14. Ternyata malam yang penuh dramatik ini telah memberikan kepuasan kepada para pemain dan pihak penganjur kerana telah berjaya menyelesaikan enam perlawanan yang sengit sekaligus melengkapkan jadual 56 perlawanan sepanjang kejohanan sesi ini.

Liqa

Majlis penutup dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi PERUBATAN Cawangan Kaherah 2014/2015, saudara Haniz Iqbal bin Hazaidi. Walaupun sudah menjadi lumrah setiap permainan ada yang menang dan ada yang kalah, beliau tetap memuji  sikap kesemua peserta yang begitu bersemangat dalam bersukan dan ia merupakan suatu budaya yang sangat positif di samping mengeratkan ukhuwah sesama peserta. Pada penghujung ucapan, beliau menyelitkan sedikit kalam taujihat kepada semua ahli PCK agar bersedia menghadapi musim peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi. Kemudian secara rasminya beliau telah menutup tirai LIQA sesi 2013/2014 dengan bacaan surah al-Fatihah.

Berikut merupakan keputusan penuh LIQA sesi 2013/2014:-

 

Juara : JOGA FC (GEN X)

Pingat perak: SOCCERNET FC (GEN 8)

Pingat gangsa : DENDAM KESUMAT FC (GEN 8)

Saguhati tempat keempat: JANGAN RAYU PACARKU 9(GEN 9)

Saguhati tempat kelima: MIA TORETTO FC (GEN11US)

Saguhati tempat keenam: BONITO FC(GEN X)

Saguhati tempat ketujuh: HMMM FC(GEN11US)

Saguhati tempat kelapan: MEDI FC (GENEXIIS)

 medi

Anugerah Pemain Muda Harapan Bangsa : Muhammad Nurrasyed bin Mohd Samsuddin, MEDI FC

liqa 3

Anugerah Sarung Tangan Emas (Penjaga gol terbaik) : Mohammad Nazrin bin Marzuki, SOCCERNET FC

liqa 4

Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir : Rasyid bin Rahmat, SOCCERNET FC

liqa 5

Anugerah Penjaring Terbanyak dan Pemain Terbaik Kesuluruhan 2013/2014 : Abdullah Fahmi bin Rohime, JOGA FC dengan jaringan sebanyak 14 gol

liqa 2

 

Secara keseluruhannya, rata-rata peserta menyatakan mereka sangat berpuas hati dengan aktiviti LIQA yang telah dianjurkan. Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan penerima anugerah. Semoga berjumpa lagi untuk sesi hadapan In shaa Allah.
Disediakan oleh,                                                          2 MEI 2014

Muhammad Aminuddin bin Khalid
Pengarah
Kejohanan LIQA 2013/2014
Biro Sukan dan Aktiviti Luar (BSAL)
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2014/2015