Kaherah , 10 April 2014 –  Sekitar jam  3.45  petang, Hadiqah Darul Ulum Mounira dipenuhi dengan warga Junior Medical Team  yang terdiri daripada tahun 5 dan 6 Universiti Kaherah . Small Group Discussion (SGD)ini juga turut dihadiri oleh beberapa ahli Senior  Medical Team yang begitu bersemangat menyokong dan memberi tunjuk ajar kepada ahli Junior Medical Team. SGD ketiga yang dianjurkan ini bertemakan ‘EMERGENCY CASES’.

SGD kali ini dibahagikan kepada 2 slot utama, iaitu  slot perbincangan antara ahli kumpulan mengenai tajuk yang akan diberikan dan sesi kedua adalah sesi pembentangan oleh setiap kumpulan. Setiap kumpulan diberi masa selama 20 minit untuk membentangkan dan melakonkan aksi  ‘EMERGENCY CASES’ masing-masing. Rata-rata ahli kumpulan begitu bersemangat serta mempamerkan lakonan yang meyakinkan. Antara tajuk yang dibentangkan adalah ‘Diabetic ketoacidosis, salmonella infection, hypovolemic shock, pneumothorax dan epistaxis’.

10248928_4062635942190_480921284_n

“ Alhamdulillah pembentangan kalian mantap, tetapi pada masa akan datang, sila cuba untuk  lebih menekankan pada tajuk ‘emergency’  yang lagi penting,” kata saudari Atiqah Hanifah, ahli  Senior Medical Team. Program tamat pada pukul 5.45 petang dengan jayanya. Diharapkan melalui program ini, semua ahli  dapat mempraktikkan dan menyebarkan segala ilmu yang diperolehi bagi sama-sama mencapai matlamat Health Academy.

 

Disediakan oleh,

AQILAH BINTI AB. RAZAK.
Medical Team,
Perubatan Cawangan Kaherah 2014/2015