10151046_742841255750175_1380470374_n

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

                 Tahun demi tahun, pimpinan batch silih berganti. Kini, tiba masanya pimpinan batch 2013/2014 diganti dengan legasi yang baharu. Hal ini bertepatan dengan salah satu usul yang diluluskan ketika Mesyuarat Tahunan Cawangan Kaherah yang lepas yang berbunyi :

Menaiktaraf Majlis Ketua Batch (MKB) kepada Organisasi Batch (OB) untuk meningkatkan hubungan 2 hala antara organisasi batch dan organisasi PCK.

Antara objektif OB ini ialah meluaskan cabang kepimpinan di dalam PERUBATAN dengan melatih ahli dengan semangat berorganisasi dengan lebih baik dan tersusun.

Oleh itu, jawatan teras OB adalah  terdiri daripada:

  1. Ketua Batch
  2. Timbalan Ketua Batch
  3. Setiausaha
  4. Timbalan Setiausaha
  5. Bendahari
  6. Timbalan Bendahari
  7. Unit Akademik
  8. Unit Sukan dan Aktiviti Luar
  9. Unit Penerbitan dan Penerangan
  10. Unit Pembangunan Insan
  11. Unit Kebajikan dan Perumahan.

Selari dengan tema “Kita Keluarga PCK”, PERUBATAN Cawangan Kaherah amat mengalu-alukan penggunaan page Facebook PERUBATAN sebagai medan promosi pilihanraya batch.

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting berkaitan pilihan raya batch:

30 April – 15 Mei : Pencalonan dan tempoh berkempen
15 Mei : Tarikh pengundian
5 Ogos : Pengumuman keputusan

Sebagai penutup, diharapkan dengan penubuhan OB ini dapat mengeratkan kesatuan sesama ahli PERUBATAN Cawangan Kaherah. Marilah sama-sama kita berganding bahu memberikan seratus peratus sokongan kepada pimpinan batch yang baru.

Semoga usaha yang dilakukan mendapat rahmat dan redha Allah, insyallah.

Wallahualam.

 

 “At-Takwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Kita Keluarga PCK”

 afiq

 

 

 

 

 

 

Afiq Zulhilmi bin Zairudin
Naib Pengerusi I
PERUBATAN Cawangan Kaherah
Sesi 2014/2015

 

anis zarina

 

 

 

 

 

 

 

Anis Zarina binti Zarini
Naib Pengerusi II
PERUBATAN Cawangan Kaherah
Sesi 2014/2015