Kaherah, 12 Mac – Bersempena dengan hari ulang tahun pertama Perubatan Cawangan Kaherah (PCK), majlis Sambutan Satu Tahun PCK telah dijalankan dengan kerjasama Biro Pembangunan Insan. Program yang bertempat di Markas PERUBATAN Abu Risy itu mendapat sambutan hangat dari semua ahli PCK.

Majlis dimulakan tepat jam 6.30 petang dengan pengumuman penjenamaan semula kelas tafaquh kepada Raudhatul Rahmah (RAHMAH) dan juga sesi pengajian kitab Sofwatul Tafasir yang khusus membicarakan tafsir-tafsir surah  al-Alaq. Pengajian tafsir ini telah disampaikan oleh Ustaz Solihuddin Jahar yang merupakan pelajar jurusan Master Kuliah Bahasa Arab Universiti al-Azhar.

Sambutan diteruskan lagi dengan tayangan video kenangan dan perjalanan program sepanjang satu tahun PCK ditubuhkan. Selain itu, Ahli Jawatankuasa Tertinggi  (AJKT) PCK bagi sesi 2014/2015 juga diperkenalkan dalam tayangan video tersebut.

Dalam ucapan Haniz Iqbal bin Hazaidi selaku Pengerusi PERUBATAN Cawangan Kaherah sesi 2014/2015, beliau berharap agar PCK dapat mengekalkan dan meneruskan kejayaan dalam menjaga kebajikan setiap ahli. Beliau juga menegaskan betapa pentingnya kesatuan dalam kalangan ahli PCK selari dengan slogan “Kita Keluarga PCK”.

Sebelum majlis melabuhkan tirai, sedikit jamuan ringan dan majlis memotong kek ulang tahun PCK telah diadakan sebagai simbolik bermulanya sesi baharu bagi PCK dan tampuk pimpinan sesi 2014/2015.

1974426_10152268467289486_2031412746_n

 

Disediakan oleh,

Iqy Haziq Mohamad
Unit Liputan
Biro Penerbitan dan Penerangan
Perubatan Cawangan Kaherah