KAHERAH, 24 Mac – Markas PERUBATAN Abou Risy sekali lagi telah dimeriahkan dengan program ‘Small Group Discussion’ (SGD). Program yang dilaksanakan oleh ahli novice, Medical Team, Perubatan Cawangan Kaherah ini bermula tepat pada jam 6.30 petang.

Program dimulakan dengan kuliah tiga minit (KulTim) yang membincangkan tentang penyakit-penyakit yang sering dihadapi di Malaysia. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kecaknaan ahli tentang tahap kesihatan rakyat di Malaysia.

medteam

Small Group Discussion kali ini dibahagikan kepada 2 slot utama, iaitu Medical Checkup (measuring vital signs) dan How to Consult A Patient During A Medical Checkup yang dibentangkan oleh saudara Shahir dan Muhammad Suaidi, pelajar tahun 5.

Slot Medical Checkup yang dijalankan lebih bersifat ke arah kemahiran praktikal apabila setiap ahli diberi masa untuk menjalankan ‘checkup’ kepada rakan sekumpulan. Aktiviti ini menjadikan ahli MedTeam lebih bersedia serta mempunyai keyakinan dalam mengendalikan pemeriksaan kesihatan pada masa akan datang.

Ahli novice juga menunjukkan penglibatan yang sangat aktif dalam slot How to Consult A Patient During A Medical Checkup. Banyak isi penting yang boleh diaplikasi oleh setiap ahli ketika memberi konsultasi kepada pesakit. Antara isi yang penting seperti ‘bahasa badan’, perlu dititikberatkan agar pesakit dapat memberi kepercayaan kepada seseorang ahli perubatan. Penggunaan bahasa medikal (jargon words), perlu dielakkan sewaktu memberi konsultasi. Kata saudara Suaidi, “Seorang ahli perubatan harus mempunyai ilmu yang betul dan tepat bagi menyampaikan nasihat yang berguna kepada seseorang pesakit.”

medteam2

Disediakan oleh,

Rabiatul Adawiyah binti Mohd Dom
Medical Team 2014/2015
Perubatan Cawangan Kaherah