Kasr Al-Ainy, 2 Mac-  Antara isu yang paling hangat dan sering diperkatakan  oleh setiap komuniti ahli PERUBATAN ialah isu keselamatan dalam kehidupan seharian.

Dalam matan usul  iaitu “Menggesa PCK mengoptimumkan peranan ke arah meningkatkan keterlibatan ahli dalam menangani isu keselamatan” yang dibentangkan oleh Saudari Siti Noor Izaty binti Rosli, Tahun 4 telah mendapat sambutan para perwakilan untuk membahas  dengan lebih jelas berkenaan dengan pelaksanaan dalam jangka masa panjang.

IMG_4285

“Keselamatan yang kita lihat hanya satu sahaja yang berprihatin iaitu pihak JAKSI sendiri. Dan kenapa perlu dijadikan usul supaya kita sebagai ahli bersama-sama kepimpinan menggembleng tenaga untuk menjayakan usul ini.  Dan berkaitan dengan faktor luar juga adalah salah satu ikhtiar kita dalam menangani isu keselamatan,” berkata seorang perwakilan Saudari Nur Amnina binti Nordin yang menyokong penuh usul tersebut.

Namun begitu, terdapat seorang perwakilan yang mempertikaikan bahawa  jika usul ini diterima, adakah ikhwah yang dijadualkan sebagai musyrif tidak menjawab panggilan telefon, akan menjawab panggilan telefon tersebut.  Begitulah sedikit sebanyak yang menjadi perbahasan hebat dalam mesyuarat tersebut menyebabkan usul ini menang tipis sebanyak 83 undi setuju dan 81 undi tidak setuju.

Saudari Izaty juga telah mengatakan mengenai teknikal cadangan usul iaitu musyrif angkat dengan menyediakan satu  musyrif untuk satu rumah. Hal ini demikian kerana terdapat segelintir musyrif yang tidak dapat memberi komitmen dengan baik. Dengan itu, pelaksanaan berkaitan musyrif angkat diserahkan sepenuhnya di bawah pemantauan JAKSI.

Indikator yang diketengahkan oleh Saudari Izaty adalah mengurangkan kadar jenayah, tidak ada lagi akhawat yang keluar pada waktu malam tanpa menggunakan khidmat musyrif ,ahli hendaklah melaporkan semua kes yang berlaku kepada pihak JAKSI dengan kadar segera dan tiada lagi musyrif yang tidak komited dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai musyrif.

Disediakan oleh,
Hidayatul Naadiah binti Zulkifli
Unit Liputan
Biro Penerbitan dan Penerangan
PERUBATAN Cawangan Kaherah