logo perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

                 Kita perlu sentiasa bersiap-sedia menghadapi musibah atau perkara yang tidak diingini. Lebih-lebih lagi dengan iklim politik dan sosioekonomi Mesir, setiap daripada kita mestilah peka dan cakna dengan persekitaran kita.

Untuk itu, ahli PCK kini boleh menghubungi talian hotline +2011 4980 0570 jika mempunyai sebarang masalah, aduan, maklumat dan cadangan.

Fungsi talian hotline:

  • Medium perhubungan terus kepada Pengerusi
  • Satu nombor telefon untuk dihubungi sewaktu  kecemasan
  • Menyalurkan maklumat (keselamatan, kebajikan dan lain-lain) kepada pimpinan
  • Meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan PCK kepada ahli

Untuk makluman, semua panggilan akan direkod untuk rujukan akan datang dan bagi mengelakkan keciciran maklumat.

Gunakanlah talian ini sebaiknya untuk manfaat bersama.

Sekian, terima kasih.

“At-Takwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”
“Kita Keluarga PCK”

 

Ahmad Kamil

Ahmad Kamil Bin Ahmad Fahmi
Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK)
Sesi 2013/2014