logo perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1. Sesi PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) 2013/2014 akan berakhir dengan MTC buat kali pertama pada 14 Februari 2014 bersamaan 14 Rabiul Akhir 1435 H.

2. Mesyuarat Tahunan Cawangan merupakan acara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PERUBATAN Bab Keempat Fasal 25. Memetik Fasal tersebut pada perkara ketujuh, agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

  • Mengesahkan minit Mesyuarat Tahunan Cawangan bagi tahun sebelumnya.*
  • Membentangkan laporan tahunan PERUBATAN Cawangan.
  • Membentang dan mengesahkan Penyata Akaun Tahunan PERUBATAN Cawangan.
  • Membahas dan meluluskan usul.
  • Membincangkan perkara yang berkaitan dengan ahli dan kemajuan PERUBATAN Cawangan.
  • Melantik 4 (empat) orang Pemeriksa Kira-kira (Juruaudit).
  • Membincangkan perkara-perkara lain yang difikirkan sesuai oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.

*Agenda ini tiada untuk MTC kali pertama kerana tiada mesyuarat sebelum ini.

3. Oleh yang demikian, kita berharap ahli bersedia dengan membaca perlembagaan, membincangkan muhasabah PERUBATAN serta cakna terhadap tarikh-tarikh penting beserta makluman yang akan kita salurkan dari semasa ke semasa.

TARIKH-TARIKH PENTING

21 Januari:
Kenyataan Rasmi dan Notis Panggilan Mesyuarat

23 Januari:
Pembukaan pendaftaran perwakilan dan usul

01 Februari:
Tarikh tutup pendaftaran perwakilan

07 Februari:
Tarikh tutup pendaftaran usul ( sehingga 12 tengah hari)
Makluman agenda MTC beserta usul
Sebaran Laporan Tahunan dan Penyata Akaun Tahunan PCK Sesi 2013/2014

14 Februari:
Mesyuarat Tahunan Cawangan Kali Pertama

 4. Besarlah harapan agar MTC Pertama kita dipayungi rahmat dan dapat pula kita sebarkan rahmat ini ke serata dunia, insyaAllah.

“Suarakan Solusi Menuju Transformasi”
“At-Takwa, As-Syifa, Ar-Rahmah”
“Ilmuan Berbakti Teguh Sehati” 

Hafiz Nazri

Muhammad Hafiz bin Nazri
Setiausaha
PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK)
Sesi 2013/2014