JAKSI melancarkan kempen ‘Tolak Hedonisme’. Cuba anda lihat page PCK. Betul bukan?

Jadi tema kali ini adalah Hedonisme. Perkataan yang selalu didengar membuatkan diri terasa ingin tahu. Tetapi malas ingin mengkaji. Mahasiswa seperti kita, sepatutnya mengetahui pemikiran-pemikiran seperti ini. Hedonisme ini sebenarnya termasuk dalam prinsip Sekularisme.
Eh. Bukankah Sekularisme itu bermaksud memisahkan antara agama dan dunia? Apa kaitannya dengan Hedonisme?

Baiklah. Disini akan terangkan apa itu Hedonisme dan bagaimana ia bermula serta kaitannya dengan Sekularisme.

***************

APA ITU HEDONISME?

Hedonisme berasal daripada perkataan Greek  hēdonē yang bermaksud keseronokan(pleasure) dan kegembiraan(happiness). Manakala perkataan ‘isme’ di pengakhiran kata nama merujuk kepada kepercayaan, gerakan politik atau keagamaan, sikap atau perlakuan. Merujuk kepada kamus dewan, hedonisme adalah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.

Boleh kita simpulkan bahawa hedonisme di zaman moden adalah suatu budaya atau cara hidup di mana pengamalnya mementingkan keseronokan, kesenangan dan kenikmatan tanpa memikirkan kesan kepada diri, masyarakat dan negara.

SEJARAH, BAGAIMANA HEDONISME BERMULA?

Sejarah pemikiran Hedonisme bermula di Zaman Yunani oleh anak murid Socrates bernama Aristippus of Cyrene. Ketika ditanya oleh gurunya, apa tujuan utama kehidupan, Aristippus mengatakan bahawa yang terbaik untuk manusia adalah kesenangan, hal ini terbukti kerana sejak dari kecil, manusia berasa tertarik akan kesenangan dan apabila telah menikmatinya, ia tidak mencari sesuatu yang lain dan menjauhkan diri daripada kesusahan.

Idea ini kemudiannya dikembangkan oleh Epicurus (341-270 B.C) dengan mengatakan tujuan hidup untuk kesenangan dan kedamaian.

KAITAN DENGAN SEKULARISME.

Hedonisme merupakan salah satu cabang fahaman Sekularisme. Ajaran Sekularisme telah meletakkan lima prinsip utama sebagai neraca dalam alirannya.

  1. Prinsip Vetalisme menekankan apa-apa yang berbentuk kuat dan menguntungkan dari segi kebenaran akan dianggap baik.
  2. Prinsip Kreativiti meletakkan sesuatu yang boleh mencetuskan daya kreativiti dan menghasilkan ciptaan baru akan dianggap sebagai baik dan bermutu.
  3. Prinsip Relative pula menekankan tidak ada sesuatu konsep dan pemahaman terhadap sesuatu fakta atau teori yang bersifat mutlak dan kekal. Sebaliknya semuanya boleh berubah mengikut perubahan zaman dan perkembagan ilmu pengetahuan.
  4. Prinsip Hedonisme pula menggariskan apa-apa sahaja yang boleh memuaskan hawa nafsu manusia akan dianggap baik , manakala apa-apa sahaja yang boleh membawa penderitaan nafsu akan dianggap buruk

*********

Begitulah serba sedikit mengenai Hedonisme. Apa pendapat anda?

Secara tidak sedar, rupa-rupanya kita juga terpengaruh dengan pemikiran Hedonisme. Sekiranya kita mengambil Malaysia sebagai contoh, bermacam-macam jenis hiburan terdapat di televisyen. Konsert, program realiti,dan banyak lagi.
Itulah realiti masyarakat di tanah air kita. Anak-anak muda dilalaikan dengan pelbagai jenis hiburan. Ilmu agama ditolak ke tepi.

hedonisme

CIRI-CIRI HEDONISME

1)      Berlagak kaya, meskipun dalam kehidupan sehari-hari sangat jauh dari kesan manusiawi.

2)      Berlagak tahu, apa-apa pun sanggup dilakukan untuk mempertahankan kedudukan.

3)      Ingin terlihat fashionable.

4)      Berlebihan mencintai diri sendiri/narsisme.

5)      Lebih mementingkan gaya daripada otak.

6)      Suka meniru niru (followers) daripada menjadi trendsetters.

7)      Rasa nasionalisme yang rendah.

8)      Bergaul dengan sebatas golongan sahaja.

9)      Berlagak kebarat-baratan dan menganggap rendah kebudayaan sendiri.

10)  Tingkat kreativiti yang rendah.

11)  Tingkat konsumerisme yang tinggi (besar pasak daripada tiang).

12)  Tingkat produktiviti yang rendah (pemalas).

13)  Tingkat kepedulian sosial yang rendah.

14)  Suka menilai manusia hanya dari fizikal sahaja bukan dari keperibadian dan kapasitinya (cenderung rasisme).

15)  Menganggap moral/agama/norma/etika adalah hal yang bukan utama (sifat aroganisme).

Marilah sama-sama kita muhasabah diri, selama ini sejauh mana hedonisme telah mempengaruhi hidup kita sama ada dalam sedar atau tidak. Sesungguhnya setiap perkara itu ada baik dan juga buruknya. Sebagai contoh, hiburan jika berlebihan akan memudaratkan. Tingkatkan ilmu di dada mengenai pemikiran yang dirancang oleh musuh Islam. Kita sepatutnya menjadi agen pengubah masyarakat bukan turut sama terpengaruh dengan pemikiran yang bertentangan dengan Islam.

 

“Haq Tertegak ,Bi’ah Terpelihara”
JAKSI PERUBATAN Cawangan Kaherah