بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”
Surah Ali-Imran 103

Seperti yang semua sedia maklum, PERUBATAN Cawangan Kaherah telah merancang untuk mengadakan satu program bersifat santai bagi mengumpulkan seluruh ahli. Maka tercetuslah program yang diberi nama Ultimate Family Outing (UFO) yang berkonsepkan hari keluarga yang bermatlamatkan ukhuwah islamiyah dan mahabbah.

RASIONAL PROGRAM

Tahun pengajian kali ini merupakan tahun yang sangat mencabar. Sejak bermulanya sesi pengajian yang baru, kita telah diuji dengan kehilangan sahabat-sahabat kita yang menerima tawaran ‘credit transfer’ ke Malaysia. Meskipun hati merelakan namun, tidak dapat dinafikan kehilangan mereka sedikit sebanyak memberi suasana kesedihan buat kita semua. Sudah tentu perkara ini adalah disebabkan ukhuwah yang terbina sekian lama sepanjang mengharungi pahit getir perjuangan ilmu di Mesir.

Ahli PCK yang disayangi,

Sejak kebelakangan ini juga, kita banyak mendengar keluhan ahli yang kepenatan akibat jadual kuliah yang padat. Ada yang terpaksa keluar pada 7 pagi dan pulang pada pkul 4 ptg. Ada juga yang kelasnya 6 hari seminggu dan hanya bercuti sehari sahaja. Perkara ini sedikit sebanyak menyebabkan kita sedikit tertekan dan kurang meluangkan masa bersama sahabat2 yang lain. Kadang-kadang kita merasakan bahawa kesusahan ini hanya kita sahaja yang menghadapinya. Ketahuilah bahawa apabila kita berjumpa dengan sahabat-sahabat yang lain, kita akan tahu bahawa di sana ada orang lain yang merasai perkara yang sama. InsyaAllah, masalah-masalah yang kita hadapi ini dapat diringankan dengan perkongsian bersama sahabat-sahabat yang lain.

UFO MENJAYAKAN KITA KELUARGA PCK

Saya dengan rendah hati mempelawa dan menjemput semua ahli PCK untuk menjadikan program ini sebagai satu platform bagi kita untuk menenangkan diri dan menghilangkan kerisauan buat sejenak.
Program yang bertemakan ukhuwah dan santai ini dirangka khusus untuk mengumpulkan semua ahli PCK tanpa mengira latar belakang. Rebutlah peluang ini untuk sama-sama bertukar pendapat, mengenali antara satu sama lain seterusnya mewujudkan suasana keluarga yang kita canangkan selama ini.

Ukhuwah itu indah saat bergembira bersama
Ukhuwah itu indah saat bertegur sapa tak dilupa
Ukhuwah itu indah saat meluang masa bersama
Ukhuwah itu indah saat menuntut ilmu dijadikan usaha
Ukhuwah itu lebih indah saat dihiasi iman dan taqwa
Jadi , ‘relax and enjoy yourself in UFO’.

Jazakumullah khairan kathira.
“Kita Keluarga PCK”
“Ilmuwan Berbakti Teguh Sehati”

Ahmad KamilAhmad Kamil Bin Ahmad Fahmi
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014

TP Nur SabihaNur Sabiha Binti Zakaria
Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014