logo perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Al-Munafiqun, 62:10)

Markas PERUBATAN Abou Risy ibarat rumah kedua buat semua ahli PERUBATAN Cawangan Kaherah. Hal ini kerana, dalam markas inilah pelbagai aktiviti-aktiviti dilaksanakan seperti kelas tafaqquh, Taalim Muallim, Ijtima’ Huffaz, kelas tutorial, mesyuarat-mesyuarat dan program-program daripada peringkat batch sehinggalah PERUBATAN pusat. Markas ini telah banyak berjasa dalam menjadi tempat utama pengikat ukhuwah ahli-ahli PCK. Amat besarlah harapan di pihak kami BHOME PCK, agar semua ahli PCK dapat bersama-sama membantu dalam membiayai sewa markas dan bil-bil berkaitan dengan markas yang kita sayangi ini.

Sehubungan dengan itu, pihak BHOME PCK ingin mengumumkan kutipan Sistem Bakti Markas (SBM) bagi tahun pengajian 2013/2014.

PENGENALAN SISTEM BAKTI MARKAS (SBM)

Sistem Bakti Markas merupakan penjenamaan semula kepada Sistem Infaq Berunit (SIB) yang diwujudkan bertujuan untuk membiayai sewa bulanan dan bil-bil yang berkaitan dengan Markas PERUBATAN Abou Risy. Sistem ini diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan Bendahari BHOME PCK.

Bagi sesi sebelum ini, Sistem Bakti Markas (SBM) lebih dikenali dengan nama Sitem Infaq Berunit (SIB), yang telah dilaksanakan dengan menetapkan satu unit yang bernilai 50le, di mana setiap batch perlu memenuhi kuota unit (20 unit) yang telah ditetapkan oleh Bendahari BHOME dan perlu membayar kuota tersebut setiap 3 bulan sekali. Namun pada sesi kali ini, berlaku beberapa perubahan dalam teknikal kutipan atas sebab-sebab berikut:

  1. Peningkatan sewa markas yang mendadak daripada 1600le kepada 1800le pada bulan Jun dan daripada 1800le kepada 2000le pada bulan November.
  2. Evakuasi kali ke-2 yang berlaku di Mesir, menyebabkan BHOME terpaksa berhutang dengan beberapa pihak untuk membayar sewa markas dua bulan lebih awal.
  3. Pengurangan ahli PCK disebabkan oleh tawaran Sistem Transfer Kredit.
  4. Ketiadaan pelajar-pelajar baru di Universiti Kaherah yang menjadi faktor penyumbang kepada pengurangan jumlah kutipan SIB.

MODUS OPERANDI SISTEM BAKTI MARKAS (SBM) 2013/2014

1.   Kutipan SBM terbahagi kepada DUA.

  • Pelajar tajaan: 15le
  • Pelajar bukan tajaan: 10le

2.   Kutipan ini adalah DIWAJIBKAN ke atas semua ahli PERUBATAN Cawangan Kaherah.
3.   Pengenalan SBM dan kutipan SBM akan dilaksanakan dengan kerjasama BENDAHARI setiap batch di bawah seliaan BENDAHARI BHOME PCK.
4.   Tempoh kutipan adalah selama SEBULAN iaitu sepanjang bulan DISEMBER 2013
5.   Kutipan hanya dijalankan SEKALI sepanjang sesi pentadbiran PCK 2013-2014
6.   Hasil kutipan oleh bendahari setiap batch perlu diserahkan kepada BENDAHARI BHOME PCK.
7.   Sebarang penambahan sumbangan kewangan selain SBM yang berbentuk peribadi mahupun berkumpulan amatlah dialu-alukan dan sumbangan tersebut boleh diserahkan kepada KETUA BHOME PCK, TIMBALAN KETUA BHOME PCK atau BENDAHARI BHOME PCK.
8.   Sebarang masalah yang dihadapi boleh merujuk kepada

HUSAINI BIN ABDUL MALIK (BENDAHARI BHOME PCK) – 01063449927

SITI NURUL FARAHAH BINTI MOHD ARIPIN (TIMB. BENDAHARI BHOME)- 01143493838

NOHA NABILA BINTI MOHAMAD AKHIR (TIMB. BHOME PCK) – 01128860412

MUHAMMAD ZOFIR WAJDI BIN ARIP (PEMANGKU KETUA BHOME PCK) – 01118869679

1472258_547620211994293_1779713652_n

Kami di pihak BHOME PCK dan PERUBATAN CAWANGAN KAHERAH mengucapkan jazakumullah khairan kathira kepada para penyumbang untuk sesi sebelum ini. Moga amalan kebaikan kita ini berterusan untuk tahun-tahun yang akan datang sekaligus memberatkan timbangan amal kita di akhirat kelak.

Sekian, terima kasih.

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar- Rahmah”
“Together We Unite To Serve Our Community”

Zofir Wajdi

Muhammad Zofir Wajdi Bin Arip
Pemangku Ketua Biro Perumahan,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014

 

BHOME noha

Noha Nabila Binti Mohamad Akhir
Timbalan Ketua Biro Perumahan,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014