Kaherah, 14 November – Majlis Ketua Batch (MKB) PERUBATAN Cawangan Kaherah bagi sesi 2013/2014 telah menjalankan mesyuarat kali pertama bertempat di Markas PERUBATAN Abou Risy. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh saudara Ahmad Faiz bin Zaib, Naib Pengerusi I, saudari Amarlina binti Ahmad, Naib Pengerusi II serta 10 orang Ketua Batch dan Timbalan Ketua Batch mewakili setiap batch daripada tahun 2 hingga tahun 6.

Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk memberi penjelasan kepada semua Ketua Batch dan Timbalan Ketua Batch mengenai biro-biro yang berada di dalam PERUBATAN Cawangan Kaherah yang dapat membantu perjalanan aktiviti setiap batch. Selain itu, mesyuarat ini juga bertujuan menerangkan skop tugasan bagi setiap Ketua Batch dan Timbalan Ketua Batch.

DSC_0320

Bagi mengukuhkan kedudukan Majlis Ketua Batch pada tahun ini, satu program mega PERUBATAN Cawangan Kaherah bakal dijalankan dan MKB akan bertindak sebagai perancang bagi program tersebut. Mesyuarat kali ini merupakan mesyuarat pertama bagi membincangkan program tersebut.

“Saya mengharapkan peranan MkB terus kukuh dalam membantu PCK dalam mengukuhkan agenda ukhuwah dan kekeluargaan yang ditekankan oleh pimpinan semasa,” kata saudari Amarlina Ahmad, Naib Pengerusi II PCK.

Semoga MKB pada tahun ini dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin serta menjadi agen penghubung antara PERUBATAN Cawangan Kaherah dengan ahli.