Kaherah, 17 Nov-  Liga Kaherah (LIQA)  telah menyaksikan kick off  pertama mereka bagi sesi 2013/2014 pada 15 November  yang lalu. Dengan bertemakan  “Laugh. Cry. Remember. We dignify bond” , sebanyak 8 pasukan hadir dengan penuh semangat untuk merebut piala juara pusingan.  Turut hadir pada perlawanan pembukaan pada hari itu ialah saudara  Ahmad Kamil bin Ahmad Fahmi selaku Pengerusi PERUBATAN Cawangan Kaherah.

Perlawanan antara pasukan Bonito FC menentang Dendam Kesumat FC merupakan pembuka tirai LIQA pada hari itu. Dengan keputusan 3-1, pasukan  Dendam Kesumat FC mejuarai perlawanan tersebut. Selepas itu, perlawanan antara pasukan-pasukan lain pula bermula.

Apabila sudah selesai semua perlawanan, Ahmad Jazilan telah dinobatkan sebagai “Man of The Week”.  Pihak penganjur ada melaporkan bahawa terdapat 2 orang pemain telah mengalami kecederaan. Salah seorang daripada mereka memerlukan 7 jahitan bagi menutup luka tersebut. Namun begitu, tiada masalah lain yang timbul sepanjang perlawanan tersebut.

“Besarlah harapan saya agar LIQA 13/14  menjadi medium yang  tepat buat mereka yang berhajat kepada aktiviti-aktiviti  luar. Selain dapat mnyihatkan badan dan mencungkil bakat, kita juga mampu untuk bermesra dan bercanda bersama sahabat-sahabat  interbatch mahupun intrabatch,” kata  Muhammad Aminuddin Bin Khalid selaku Pengarah LIQA 13/14 apabila ditemuramah.

DSC_0566