logo perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa radhiallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya: “Orang mukmin dengan orang mukmin itu adalah seperti sebuah bangunan, menguatkan antara sebahagiannya dengan sebahagian yang lain, kemudian baginda menyelang kuat di antara jari-jari baginda”. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Tidak lari daripada fitrah, insan saling memerlukan antara satu sama lain, sebagaimana sabdaan Rasulullah S.A.W yang menunjukkan hubungan sesama mukmin ibarat sebuah bangunan, sekiranya tiada satu, tiadalah semuanya.

Norma kehidupan , ibarat roda, adakala hidup senang dan terkadang susah. Menjadi kewajipan ke atas semua muslim untuk membantu saudaranya yang ditimpa kesusahan. Sehubungan dengan itu, Biro Kebajikan PERUBATAN CAWANGAN Kaherah (BCARE PCK) telah menyediakan satu ruang dan peluang untuk semua ahli menghulurkan bantuan kepada mereka yang diuji Allah ini melalui program Tabung Kasih Sayang.

Untuk makluman , Tabung Kasih Sayang bukan sekadar diguna pakai untuk ahli  PCK sahaja, malahan untuk semua cawangan-cawangan lain, dan sebagaimana yang diketahui dalam kalangan mereka ramai yang datang ke Mesir dengan perbelanjaan sendiri yang memerlukan belanja yang besar dan tidak hidup semewah pelajar-pelajar tajaan.

Maka disini , pihak BCARE ingin memaklumkan kutipan TKS sesi baru akan dijalankan bermula 24 November 2013 hingga 7 Disember 2013 ini untuk menambah kewangan TKS, supaya aktiviti TKS seperti sumbangan , pinjaman dan sahabat TKS dapat berjalan dengan lancar.

Ingatlah , bersedekah membantu yang susah adalah pelaburan yang menguntungkan. Jika tidak didunia, pasti akan ada balasannya di akhirat.

Sekian, wassalam
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar- Rahmah”
“Together We Unite To Serve Our Community”

Zofir Wajdi

Muhammad Zofir Wajdi Bin Arip
Ketua Biro Kebajikan,
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014

BIKON Aminah

Siti Aminah Binti Harun
Pemangku Timbalan Ketua Biro Kebajikan PCK
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014