KASR EL-AINY, 28 November – Pihak JAKSI PCK telah menerima laporan kes kecurian yang melibatkan seorang mahasiswi Universiti Kaherah. Kejadian berlaku di masjid berhampiran dengan pintu utama Kuliah Perubatan Kasr El-Ainy, Universiti Kaherah.
thief

Kejadian berlaku pada waktu zuhur ketika mangsa ingin menunaikan solat Zohor. Mangsa meminta bantuan sahabatnya yang lain untuk menjaga beg miliknya. Dengan izin Allah, mahasisiwi yang menjaga beg tersebut terleka sebentar dan tidak menyedari akan perihal beg tersebut yang kemudiannya hilang dari pandangan mereka.

Beg milik mangsa dipercayai telah dicuri. Malangnya, suspek tidak dapat dikenalpasti. Mangsa kehilangan barang-barang berharga seperti kad bank , telefon bimbit dan barang-barang lain.

Sehubungan itu, pihak JAKSI menggesa semua ahli PERUBATAN yang masih ada di Mesir agar lebih berhati-hati dan tidak menunjukkan sewenang-wenangnya barang-barang berharga dikhalayak ramai seperti telefon, tablet dan sebagainya berikutan keadaan ekonomi dan politik Mesir yang tidak stabil.

Pihak JAKSI juga meminta semua ahli untuk mengikut langkah -langkah keselamatan yang telah disarankan oleh PERUBATAN dan menekankan beberapa aspek keselamatan.

Sebarang laporan atau aduan ,sila hubungi:

Aimatnuddin Husairi Bin Hussain – 01147626435
Nur Amnina Binti Nordin – 01153690033

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar- Rahmah”
“Haq Tertegak, Bi’ah Terpelihara”
JAKSI PERUBATAN Cawangan Kaherah