Kaherah, 10 Nov – Glow With Flow 2013 kini datang lagi. Program tahunan PERUBATAN ini bertujuan menyampaikan kepada para ahli tentang tips dan teknik belajar matapelajaran yang bakal mereka tempuhi sepanjang tahun.  Tambahan lagi, program ini merupakan program pertama PERUBATAN sejak sesi pembelajaran di universiti dibuka semula.

Ahli batch tahun  6 PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) merupakan batch pertama yang menjalankan program Glow With Flow ini. Program ini bermula pada 1 November 2013 dan berakhir pada 8 November 2013.  Turut dihadiri  wakil-wakil daripada AJKT PCK bagi merasmikan majlis tersebut.

Pada tahun ini, Biro Akademik  PCK  telah membawa satu kelainan  dalam mengendalikan Glow With Flow. Kebiasaanya ahli panel forum terdiri daripada mereka yang mumtaz dalam peperiksaan akhir tahun. Namun, kali ini PCK  menjemput ahli panel yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Antaranya ialah ahli yang pakar dalam memberi motivasi, ahli yang mempunyai  pengalaman mengambil peperiksaan ulangan dan lain-lain lagi.

“Setelah 4 bulan kita bercuti di Malaysia, program ini dilihat sebagai satu program yang wajar dilaksanakan bagi  terus memberi kita semangat dan inspirasi untuk terus mengejar cita-cita kita menjadi seorang doktor muslim yang berjaya.”  Berikut merupakan sedikit komentar daripada Ketua Biro Akademik PCK, Haniz Iqbal Bin Hazaidi.

1380887_636317529752804_1648518421_n