Kaherah, 19 November – Kutipan derma kilat untuk saudari Aqilah binti Abdul Razak, pelajar tahun 5 yang baru kematian bapanya telah dijalankan selama 3 hari. Hasil kutipan telah diserahkan pada hari ahad yang lepas.

Penyerahan derma kilat ini telah disampaikan oleh saudari Siti Aminah binti Harun, Pemangku Biro Kebajikan PERUBATAN Cawangan Kaherah dan saudari Wan Nurhidayah binti Wan Yahya, Timbalan Bendahari PERUBATAN Cawangan Kaherah di rumah saudari Aqilah sendiri.

1424526_624969354211358_695324521_n

Saudari Aqilah turut menerima sedikit sumbangan daripada dana Tabung Kasih Sayang (TKS). Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli PCK atas sumbangan yang diberikan.

Semoga saudari Aqilah dan keluarga tabah menghadapi ujian ini.