“Patuhi Had Laju, Kelajuan Membunuh, Sesal Dahulu Pendapatan Sesal Kemudian Tidak Berguna, Ingatlah Orang Tersayang, Pandu Cermat Jiwa Selamat, Pandu, Tunggang dan Jalan Dengan Selamat – Anda Mampu Mengubahnya.”

Acapkali kita mendengar atau melihat iklan-iklan seperti ini ketika musim perayaan khususnya bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya. Hal ini bertujuan untuk mengingatkan pemandu jalan raya supaya memandu dengan berhati-hati dan tiba di destinasi yang ingin dituju dengan selamat.

Malaysia-bus-crash-countrys-most-deadly-vehicle-crash-ever-21aug2013-GETTY-IMAGES

Namun saban tahun, kemalangan jalan raya sama ada melibatkan sebilangan kematian atau hanya cedera ringan tidak berkurang malah meningkat pada kadar yang berterusan setiap tahun. Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), statistik daripada OPS Sikap terkini dan dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya (iaitu 2007, 2008, 2009, 2010, 2011), jumlah kemalangan meningkat daripada 15,911 ke 17,288 pada tahun 2012.

Kehilangan sejumlah nyawa ini bukan sahaja merugikan ahli keluarga, bahkan negara dalam sudut modal insan. Setiap nyawa yang hilang mendatangkan kerugian pada segala wang serta perbelanjaan yang disalurkan untuk mereka tetapi pada akhirnya tidak dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Menurut World Health Organisation (WHO), kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Harvard menunjukkan, setiap tahun hampir 700,000 kematian dan 10 juta kecederaan berlaku akibat kemalangan jalan raya di seluruh penjuru duni.

Belanja yang telah ditelan? Hampir RM 1750 juta..

Tiada permasalahan yang tiada penyelesaiannya. Beberapa pakar kesihatan memberitahu bahawa kadar kematian daripada kemalangan jalan raya masih boleh dikurangkan melalui beberapa kaedah disamping penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat. Antaranya ialah bantuan kecemasan di tempat kejadian yang efisyen.

Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM), Dr Steven Chow dalam isu ini berkata, “Mangsa kemalangan jalan raya ada peluang tinggi untuk hidup dan penurunan kadar kecederaan parah jika diberi bantuan kecemasan secepat mungkin”

WHO-CustomPenerangan oleh beliau ini selari dengan suatu kajian berasingan lain yang turut menyatakan bahawa kebanyakan mangsa kemalangan jalan raya menemui ajal sebelum tibanya bantuan paramedik atau ambulan. Lebih malang, 39% sehingga 85% kematian tersebut terdiri daripada kes saluran pernafasan yang terhalang; yang sepatutnya mudah dicegah dengan bantuan segera.

Hal ini membuktikan bahawa bantuan kecemasan di tempat kejadian sebelum tibanya ambulans dan paramedik, penting dalam membantu mengurangkan kadar kematian dan mengelak komplikasi berlakunya kecederaan parah. Bagi pelajar-pelajar perubatan, kemampuan untuk memberikan bantuan kecemasan sudah tentu adalah penting.

Kaedah Bantuan Kecemasan

Teori bantuan kecemasan ini terdiri daripada 5 komponen penting yang perlu diambil perhatian. Ia disingkatkan kepada “DR-ABC” iaitu “D” untuk danger  (bahaya), “R” untuk response (respon), “A” untuk airways (saluran), “B” untuk breathing (pernafasan) dan “C” untuk circulation (peredaran darah). Mereka yang terlibat dalam memberikan bantuan kecemasan ini, haruslah peka kepada setiap gerak balas serta kondisi mangsa dan keadaan sekeliling mereka. Keadaan dan suasana kemalangan sentiasa perlu diambil di dalam perkiraan.

Maka sekiranya anda sebagai pengamal perubatan atau pemerhati yang mempunyai teori serta praktikal dalam bidang bantuan kecemasan, apakah peranan anda di tempat kejadian dalam membantu menyelamatkan mangsa keadaan dan mengurangkan risiko komplikasi yang akan berlaku sebelum mangsa dihantarkan ke hospital?

Langkah bantuan kecemasan untuk kemalangan jalan raya:

  1. Pastikan keadaan sekeliling selamat
  2. Panggil mangsa atau tepuk bahunya beberapa kali untuk memastikan dia sedar atau tidak
  3. Jika mangsa tidak sedarkan diri, ini menandakan keadaannya mungkin serius dan hubungi talian 999 untuk mendapatkan ambulans dengan segera. Anda juga perlu memanggil ambulans walaupun mangsa dalam keadaan sedar.
  4. Sementara ambulans sampai, lakukan langkah A, B, C (udara, pernafasan dan edaran udara)
  5. Jika mangsa sedar, cuba berkata sesuatu kepadanya untuk memastikan dia mampu bercakap kerana apabila mangsa bercakap, peredaran udara akan berlaku. Maknanya udara akan masuk ke dalam paru-paru dan otak (A)
  6. Jika mangsa tidak sedarkan diri, cuba saluran pernafasannya dengan mendongakkan kepalanya dan lihat tanda pernafasan. Tanpa pernafasan boleh dikesan dengan melihat dada, sama ada berlaku pergerakan dada atau abdomen mengsa. Anda juga boleh mengesan pernafasan mangsa dengan mendekatkan pipi anda ke mulut (CPR)
  7. Jika mangsa tidak bernafas, segera berikan bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR)
  8. Jika mangsa mengalami pendarahan, darah perlu dihentikan segera untuk mengelak mangsa mengalami kejutan atau mati akibat kehilangan banyak darah
  9. Luka perlu ditutup  dengan kain kasa atau tuala yang bersih. Tekan kain atau tuala ini pada luka. Kehadiran bahan asing ( tuala dan kain ) akan menyebabkan darah bergumpal dan menghentikan pendarahan. Jika kain atau itu dibasahi darah tadi kerana ia akan turut mengalihkan komponen untuk membekukan darah yang terbentuk pada luka dan menyebabkan pendarahan terus berlaku
  10. Jika ambulans belum tiba, ambil data perubatan mangsa
  11. Alihkan kereta dan barang yang menghalang perjalanan trafik

first_aid_steps_road_accident

Bantuan CPR

  1. Baringkan mangsa di tempat selamat. Dongak kepala mangsa (dengan menolak dagu ke atas) dan buka mulutnya. Ini akan membuka saluran pernafasannya.
  2. Periksa pernafasan mangsa. Dekatkan pipi anda ke hidung dan mulut mangsa, lihat ke arah dadanya untuk mengetahui ada pernafasan (ini perlu dilakukan dengan pantas iaitu dalam masa 5 hingga 10 saat)
  3. Jika tiada pernafasan, beri bantuan pernafasan kepadanya. Picit hidung mangsa, tekap mulut anda ke mulut mangsa dan hembus dua kali atau hingga anda lihat dadanya ternaik sedikit. Jika mangsa bernafas semula dan tiada kesan trauma, alihkan kedudukan badannya supaya dia baring mengiring (posisi penyembuhan).
  4. Jika mangsa tidak bernafas, periksa nadi karotid selam lima hingga 10 saat. Letak dua atau tiga jari pada halkum mangsa dan alih jari anda supaya ia ada di antara halkum dan otot leher.

Jika ada denyutan nadi tetapi tiada pernafasan, beri bantuan pernafasan iaitu 12 hembusan bagi satu minit (satu hembusan untuk setiap lima saat). Jika tiada denyutan nadi, beri bantuan  ‘pengepaman jantung’ pada dada. Letakkan tumit tangan kanan di bawah tulang dada dan letak tangan kiri di atas tangan kanan. Buat 30 tekanan untuk dua hembusan.

Selepas anda memberi dua hembusan, tekan dadanya sebanyak 30 kali. Ulang kaedah ini sebanyak lima kali atau lebih sehingga bantuan sampai.

cprPenulis:
Rabiatul Adawiyah binti Ahmad
Tahun 3 Fakulti Perubatan Universiti Kaherah
Unit Karya PCK, 2013/2014