logo perubatan

 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PERUBATAN Cawangan Kaherah mengucapkan syabas dan tahniah buat semua ahli Majlis Ketua Batch (MKB) sesi 2012/2013 atas kerjasama yang erat diberikan sepanjang memegang jawatan sebagai Ketua Batch dan Timbalan Ketua Batch.

Seperti yang sedia maklum, tugas mereka telah tamat sejak berakhirnya sesi pengajian yang lalu. Pilihanraya peringkat batch juga telah dilaksanakan dengan jayanya bagi menggantikan kepimpinan sesi lepas. Namun, atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, mereka masih lagi menjalankan tugas sehingga pada awal sesi pengajian yang baru.

Tidak dapat dinafikan, Majlis Ketua Batch (MKB) telah banyak memberikan sumbangan yang sangat besar kepada pergerakan PERUBATAN. Selain menjadi medium penyampaian maklumat yang berkesan, organisasi ini juga berperanan dalam menganjurkan beberapa aktiviti besar seperti International Day, Cairo Open Day (CODE), SC Gabungan, Kelas Tutorial dan lain-lain lagi.

MKB juga turut memberikan kerjasama yang baik ketika peristiwa hitam Tamarrud melanda bumi Mesir pada 30 Jun yang lalu. Urusan seperti penyampaian maklumat-maklumat penting, penangguhan peperiksaan, gerak kerja evakuasi, perpindahan ke Malaysia dan sebagainya berjalan dengan jayanya hasil penggemblengan tenaga daripada semua pihak khususnya daripada MKB.

Oleh yang demikian, PERUBATAN mengucapkan jutaan terima kasih atas segala usaha yang diberikan sepanjang berkhidmat sebagai ahli Majlis Ketua Batch. Semoga Allah menilai jasa mereka sebagai satu benih tanaman yang boleh dituai ketika di akhirat nanti.

Pihak persatuan juga memohon ribuan kemaafan, andai terdapat sebarang kekhilafan sepanjang mengendalikan organisasi ini. Kami bersedia untuk menerima sekiranya ada teguran dan muhasabah yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.

Berikut merupakan senarai ahli Majlis Ketua Batch sesi 2012/2013 :

Tahun 1 Wan Nusairi bin Wan Mohd Nasruddin Nurul Filzah Ayuni binti Rohaizat

Tahun 2 Md Afiq bin Md Rahim Zateel Fahada binti Rusli

Tahun 3 Ahmad Tahir bin Awang Nurulhuda binti Idris Tahun 4 Afifi Syamil bin Abdul Razak Nur Syafekar binti Zaini

Tahun 5 Mohd Amirul Afiq bin Mohd Sor Khairun Nadiah bt Mohd Rais

Tahun 6 Muhammad Firdaus bin Mohd Fauzi Nurul Munirah binti Mohammad

Sekian, terima kasih.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

IMG_8494

Ahmad Faiz bin Zaib
Naib Pengerusi I
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014