Bismillahirrahmanirrahim.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم قَالَ: “مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ،

Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat

Sehubungan dengan itu,  saya meminta setiap AJK Akademik Batch menugaskan setiap Subject Master (SM) untuk menghubungi dan membantu semua sahabat sahabat kalian yang bakal mengambil peperiksaan duur thani.

Terdapat 2 langkah yang perlu diambil oleh AJK Akademik Batch dalam membantu sahabat sahabat yang duur iaitu:

Langkah Pertama

  1. Unit Akademik batch hubungi Subject Master (SM) untuk sampaikan mesej daripada Biro Akademik PCK.
  2. Subject Master (SM) menghubungi ahli yang mengulang subjek yang menjadi tanggungjawab mereka.

Langkah Kedua

  1. Unit Akademik dapatkan tips menghadapi peperiksaan duur thani daripada Ketua atau Timbalan Ketua Unit Kecemerlangan Akademik dan serahkan kepada SM.
  2. SM salurkan kepada ahli yang mengulang.

 

Sedari awal cuti musim panas bermula, Ketua dan Timbalan Ketua Unit Kecemerlangan Akademik telah pun mengumpulkan maklumat – maklumat serta tips untuk menghadapi peperiksaan duur thani.

Berikut merupakan nombor telefon dan akaun facebook untuk menghubungi Ketua dan Timbalan Ketua Unit Kecemerlangan Akademik dan Motivasi

 

 Nama  No. Telefon  Akaun Facebook
 Muhammad Khairul Adha Bin  Fuaad  +201116106155  Khairul Adha
 Rabiatul Adawiyah Binti Mohd  Dom Arang Bilong  +201156623566
+60122525174
 Atul Dom

 

Selain daripada sistem dan usaha yang disusun oleh Biro Akademik PCK saya menyeru untuk sahabat-sahabat sekeliling untuk sentiasa memberi sokongan kepada sahabat sahabat kita yang menghadapi duur thani.

 

 

Selamat berusaha dan berjaya.

Achieve The Highest, Improve Others

IMG_8322

Haniz Iqbal Bin Hazaidi

Ketua Biro Akademik (BCAD)

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014

za

Anis Zarina Binti Zarini

Pen. Ketua Biro Akademik (BCAD)

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014