Kaherah, 10 Mei – Bersempena dengan Exam Fever Campaign ini, Biro Akademik PERUBATAN Cawangan Kaherah dengan kerjasama Biro Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Kaherah telah menganjurkan Malam Munajat Perdana. Program ini telah dijalankan mengikut batch masing-masing.

Malam munajat ini dimulakan dengan qasidah mengingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Selain itu, program ini turut diisi dengan solat sunat hajat, solat sunat hifzi dan juga bacaan yasin. Tidak dilupakan juga, pengisian rohani yang mana merupakan satu elemen penting bagi menaikkan semula semangat ahli memandangkan peperiksaan semakin hampir.

961338_4794599424819_2090381247_n

Dalam salah satu program Malam Munajat Perdana yang dirasmikan oleh saudari Nur Alysya binti Musthafa, Timbalan Setiausaha PERUBATAN Cawangan Kaherah, beliau turut berkongsi cara-cara menghadapi stress sepanjang musim peperiksaan iaitu berdoa, berzikir, membaca al-Quran dan sentiasa dalam keadaan berwudhuk. Kata beliau lagi, “ Permulaan, pertengahan dan pengakhiran. Apa sahaja yang kita buat mesti diiringkan dengan tawakal.”

Dengan tajuk Kesungguhan Menuntut Ilmu dan Tawakal, pengisian rohani kali ini disampaikan oleh Timbalan Ketua Unit Mentor Council, saudari Adibah Husna binti Aladin. Beliau menaikkan semula semangat ahli untuk terus menuntut ilmu dengan menceritakan kesungguhan ulama-ulama terdahulu yang sanggup merantau hanya untuk mengambil 1 hadith. “ Jangan bimbang. Allah bagi rezeki dengan pelbagai cara,” kata saudari Adibah sebelum menamatkan perkongsian.

Semoga Program Malam Munajat Perdana ini dapat terus  menyuburkan semangat menuntut ilmu dalam diri setiap ahli keluarga PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK). Ingatlah, usaha merupakan tanggungjawab kita tapi biarlah Allah sahaja yang menentukan natijahnya.