Mounira, 10 Mei – Hadiqah Mounira dimeriahkan pada hari Jumaat dengan Running Med, program penutup sesi ini yang mengumpulkan ahli PERUBATAN Medical Team pengambilan 2011/2012 dari Universiti Ain Shams, Al-Azhar dan Kaherah. Selain daripada mengukuhkan ukhuwah antara ahli pelbagai universiti, program ini turut berfungsi sebagai ulangkaji silibus yang telah para ahli kuasai sepanjang sesi 2012/2013 ini, iaitu first aid, basic surgical skills, health education, medical ethics dan medical check up.

Program yang berlangsung hampir tiga jam ini berformatkan ‘explorace’ dengan para peserta dibahagikan kepada kumpulan untuk menyelesaikan tugasan-tugasan yang diolah daripada silibus. Klu-klu seterusnya dikumpul bagi menyelesaikan puzzle terakhir dan mencari bendera Running Med yang disembunyikan bagi merebut gelaran pemenang keseluruhan Running Med.

Mengulas kecapaian objektif program yang dilihatnya sebagai berjaya, Saudari Umairah binti Norazman, Timbalan Pengarah Medical Team Kaherah berharap agar intipati Medical Team sebagai medium memberi dalam PERUBATAN dapat dihayati setiap ahli. “Sebolehnya, ahli bukan sahaja mendapat ilmu pengetahuan yang baru, tetapi diamalkan dan disebarkan. Agar manfaat sama-sama diperolehi. Semoga kalian bersedia untuk menjadi frontliners dan cekap dalam mempraktikkan kemahiran klinikal masing-masing.”

Beliau turut berharap sesi Medical Team yang seterusnya akan terus berjalan dalam organisasi yang sistematik, efektif dan efisien.

IMG_9297