Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t atas kurniaan rahmat dan nikmat-Nya yang tidak terkira serta selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita beroleh syafaat di akhirat kelak.

Bulan Mei sudah menjelang tiba. Sinonimnya Mei bagi pelajar Universiti Kaherah adalah bulan bermulanya peperiksaan akhir tahun. Oleh itu, PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) akan memberi laluan kepada ahli untuk mengulangkaji dan lebih fokus membuat persiapan dalam menghadapi  peperiksaan dengan memberhentikan (tawaqquf) beberapa program dan aktiviti bermula 3 Mei 2013 sehingga berakhirnya peperiksaan. Semua aktiviti akan diakhiri dengan Munajat PRU 13 yang akan berlangsung pada 3 Mei.

Untuk pengetahuan semua ahli, di peringkat perbincangan Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) turut memutuskan beberapa bentuk program yang tidak akan ditawaqufkan berikutan kesesuaian program dengan keadaan semasa ahli yang sedang menghadapi peperiksaan. Antaranya adalah program yang melibatkan akademik dan motivasi ahli, pembawaan Smart Circle yang tidak memberi fokus kepada silibus dan aktiviti semasa seperti solat jenazah, solat hajat dan kutipan derma kilat yang melibatkan kebajikan ahli.

Saya mewakili seluruh barisan kepimpinan PCK menyeru kepada ahli untuk mengambil peluang ini untuk mengulangkaji pelajaran sebaiknya setelah berpenat-lelah dalam menjayakan Cairo Open Day (CODE) pada 25 – 27 April yang lalu. Elakkan menjadi tertekan atau distress sempena peperiksaan.

Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 159 yang bermaksud,

“Kemudian, apabila kamu telah membulatkan tekad (untuk melakukan sesuatu), maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah menyukai orang yang bertawakal kepada-Nya”.

Akhir kalam, selamat maju jaya kepada semua ahli PCK. Semoga dipermudahkan segalanya.

Sekian, terima kasih.

 

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

kamil4

Ahmad Kamil Bin Ahmad Fahmi

Pengerusi

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014

sabihah4Nur Sabiha Binti Zakaria

Timbalan Pengerusi

PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014